Sebuah syarikat di Guilin, China telah melancarkan program pengurusan berat badan selama 3 bulan untuk setiap kakitangan mereka. Apa yang bagusnya, program ini menawarkan faedah menarik dengan bayaran sebanyak RM180 bagi setiap kilogram yang berjaya susut.
Kadar bayaran tersebut membuatkan setiap daripada kakitangan syarikat terbabit teruja untuk melibatkan diri dalam cabaran menguruskan badan. Salah seorang pekerja, Meng telah menetapkan penurunan sebanyak 15kg dalam masa 90 hari bermula 11 September lalu.
Sejak program itu dijalankan, Meng telah pun berjaya menurunkan berat sebanyak 5kg! Ini bermaksud dia telah berjaya memperoleh ganjaran sebanyak RM900!
“Saya teruja untuk turunkan berat badan dengan lebih banyak lagi. Saya turut rasa lebih bertenaga daripada sebelum ini.”
Walaupun ganjaran akan diberikan kepada mereka yang berjaya, namun denda tetap akan dikenakan kepada mereka yang gagal cabaran tersebut.
Sumber: Oriental Daily