Siakap Keli

“Masjid Kecil Jangankan Roboh, Jam Dinding Pun Tidak Jatuh,” – Mangsa Bencana Di Palu

Dua bencana gempa bumi kuat yang melanda negara jiran, Indonesia iaitu di daerah Pulau Sulawesi dengan gempa kedua berkekuatan 7.5 magnitud menyebabkan amaran tsunami yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan bencana alam Indonesia pada Jumaat lalu.

Pada hari yang sama, gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 pada skala Richter melanda Donggala, Sulawesi Tengah, pada pukul 5.02 petang waktu tempatan (6.02 waktu Malaysia) mengakibatkan tsunami di kawasan pantai Palu.

Susulan tragedi itu, banyak rumah, sekolah, dan jalan raya ‘lenyap’ dari bumi kerana dimusnahkan oleh bencana hebat itu.

Gempa melanda dengan kesan yang cukup kuat hingga partikel-partikel tanah menjadi longgar dan larut bersama air dan tanah itu sendiri mula menjadi cecair.

 

Di beberapa tempat tanah telah menaik beberapa meter menelan rumah dan mengangkat kereta hingga ke bumbung.

Perkongsian daripada penduduk Palu Indonesia ini merumuskan bagaimana bencana ini ‘membersihkan’ tempat-tempat ‘tidak baik’ dengan meninggalkan masjid serta pondok tahfiz yang masih berada dalam keadaan baik.

Dikongsi oleh penduduk Palu Indonesia.

Palu Dibersihkan

  • Pusat pelacuran terbesar di Sulawesi ditanah rata di hentam tsunami
  • Ladies night Pantai Talise tinggal mayat tak berbusana
  • Hotel 5 bintang, Grand Mall dan pusat karaoke roboh 
  • Desa tempat perjudian, penzinaan, tempat isteri simpanan, pesta narkoba ditelan bumi dan penuh lumpur.

Sedangkan

  • Masjid kecil pusat dakwah di jalan Mangga jangankan roboh, jam dindingnya tidak jatuh
  • Pondok pengajian tempat menghafal kalam Allah kukuh berdiri dan bertahan
  • Bahkan masjid terapung ditempat tsunami tmpat orang singgah solat ketika awal masuk kota Palu tetap berdiri tak bergerak padahal disekitar jambatan kuning, Mall dan tamam serta kedai hancur lebur.

Masih kau tidak mengakui adanya Allah?

Sumber: Mohd Ilmi, Ibu Hebat Berkarir

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di