Siakap Keli

Media Putar Belit Kenyataan, Penasihat Amanah Gesa Mujahid Ambil Tindakan Undang-Undang

Sebelum ini, Datuk Dr. Mujahid ‘diserang’ hebat netizen dan media selepas mengeluarkan kenyataan bahawa operasi khalwat akan dihentikan.  Walau bagaimanapun, Mujahid menafikan menyebut bahawa mahu menghentikan ‘ketukan pada waktu malam’ seperti yang dipetik oleh sebuah portal berita berbahasa Inggeris semalam.

Menurutnya, laporan ‘ketukan pada waktu malam’ tidak keluar daripada mulutnya sendiri sebaliknya kenyataan berkenaan ditambah oleh media berkenaan sendiri.  Ujar beliau, kenyataan berkenaan mungkin datang daripada rumusan yang dibuat oleh wartawan sendiri terhadap kenyataan yang dibuatnya sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, Ahmad Awang, Penasihat Amanah dalam temu bual ketika berkata bahawa Datuk Dr. Mujahid perlu mengambil tindakan undang-undang kepada akhbar berbahasa Inggeris berkenaan yang didakwa telah memutarbelikan kenyataan Mujahid berkaitan isu serbuan khalwat.

Menurut beliau, tindakan ini adalah wajar sebagai memberi amaran kepada semua media, digital dan bertulis untuk tidak semudahnya memutarbeli kenyataan pemimpin atas kepentingan sendiri.

Beliau turut berpesan agar setiap pemimpin Amanah untuk lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan terutamanya isu agama agar tidak disalah tafsir.

Nur Farra