Siakap Keli

Operasi Khalwat: JAWI Sedia Semak, Nilai SOP Serbuan – Pengarah

Ekoran beberapa kontroversi serta tindak balas negatif beberapa pihak berkaitan isu khalwat yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Mujahid kelamarin, Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) telah membuat respon balas melalui laman Facebook rasmi milik JAWI.

Pengarah Jawi, Mohd Ajib Ismail memberitahu bahawa Jawi bersedia menyemak semula SOP operasi serbuan dari masa ke semasa.

“Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) bersifat terbuka untuk menerima sebarang idea, pandangan ,cadangan dan teguran dari mana-mana pihak bagi membantu proses penambahbaikan dalam pelaksanaan.  Buat masa ini, aspek pencegahan mendapat perhatian khusus oleh JAWI dan ianya adalah bertujuan untuk memberi maklumat kepada orang Islam supaay tidak melakukan kesalahan yang dilarang dalam Undang-undang yang sedang berkuatkauas.

“Justeru, tindakan undang-undang akan diambil sebagai langkah terakhir dengan tujuan mencegah kemungkaran dari terus berleluasa.”

Nur Farra