Siakap Keli

Operasi Khalwat, Pahang Akan Terus Laksana Ikut SOP

Berikutan kenyataan Datuk Mujahid Yusof Rawa kepada sebuah portal media tempatan bahawa tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti tidak bermoral, ianya telah mencetuskan pelbagai reaksi pihak yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu.

Susulan isu ini, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Pemangku Raja Pahang dalam satu kenyataan memberitahu bahawa Pahang akan tetap meneruskan apa yang telah dilaksanakan.

Tengku Abdullah bertitah, operasi khalwat masih diteruskan di Pahang namun akan diperhalusi serta lebih berhemah.

Baginda berkata, kenyataan Datuk Dr. Mujahid Yusof sebelum ini adalah pandangan beliau, tetapi negeri Pahang akan tetap meneruskannya.

Tambah baginda, Pahang akan terus laksana operasi cegah maksiat seperti biasa mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Sebelum ini, Mujahid berdepan dengan kontroversi dengan kenyataannya berkaitan isu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) selepas pertemuan dengan aktivis yang juga seorang transgender, Nisha Ayub.

Nur Farra