Siakap Keli

“Pihak Berkuasa Malaysia Tak Boleh ‘Halau’ Hassan,” NGO Hak Asasi Antarabangsa Gesa Malaysia Cari Jalan Lebih Berperikemanusiaan

Seorang lelaki Syria yang ditangkap minggu ini selepas berbulan-bulan di lapangan terbang Malaysia harus dibebaskan dengan serta-merta dan tidak dihantar ke tanah airnya yang sedang bergolak, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Khamis lalu.

Terperangkap sejak bulan Mac di KLIA2, Hassan al Contar telah memuat naik video mengenai kehidupan sehariannya di Twitter dan Facebook yang menarik perhatian kumpulan hak dan media antarabangsa.

Agensi pelarian PBB (UNHCR) tidak mempunyai akses kepada Hassan, menurut Yante Ismail, seorang jurucakap di ibu negara Malaysia.

“Bagaimanapun, kami telah berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia, mencari akses kepadanya, dan meminta pembebasannya segera,” katanya dalam e-mel.

Selaini Yante, salah seorang penyelidik Amnesty turut berkata, “Pihak berkuasa Malaysia tidak boleh menghalau Hassan al-Kontar kembali ke Syria.”

“Penangkapan Hassan al-Kontar adalah satu kesilapan.  Adalah sangat hina melihat dia dihantar pulang ke Syria, memandangkan keadaan disana yang sangat kritikal dan akan menjejaskan keselamatannya sendiri.  Pihak berkuasa Malaysia harus menghormati prinsip antarabangsa ‘tanpa refoulement’ dan mencari penyelesaian yang berperikemanusiaan atas apa yang terjadi kepadanya.”

Setakat ini, Jabatan Imigresen Malaysia tidak memberi respons, sementara pihak lapangan terbang enggan mengulas lanjut.

Sumber: Amnesty International

Nur Farra