Siakap Keli
Gambar : Bernama

Tak Sebut ‘Henti Ketuk Pintu Waktu Malam’, Itu Rumusan Sendiri Daripada Media

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa  seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berbahasa Melayu menafikan ada menyebut bahawa beliau mahu menghentikan ‘ketukan pada waktu malam’ seperti yang dipetik oleh sebuah portal berita berbahasa Inggeris semalam.

Menurutnya, laporan ‘ketukan pada waktu malam’ tidak keluar daripada mulutnya sendiri sebaliknya kenyataan berkenaan ditambah oleh media berkenaan sendiri.

Ujar beliau, kenyataan berkenaan mungkin datang daripada rumusan yang dibuat oleh wartawan sendiri terhadap kenyataan yang dibuatnya sebelum ini.

Beliau turut menambah, dalam kenyataannya itu, beliau hanya bercakap mengenai kesalahan ruang awam dan peribadi serta salah guna kuasa serta pencerobohan ruang peribadi yang tidak menggambarkan kaedah Islam yang sebenar.

Laporan beberapa akhbar sebelum ini menyebut bahawa pihak berkuasa tidak lagi akan mengetuk atau memecahkan pintu pada waktu malam telah mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat termasuklah para mufti yang turut memberi pandangan terhadap keputusan tersebut.

Antara kenyataan-kenyataan tersebut turut kami bawakan untuk anda semalam.

BACA : Isu Khalwat : Mufti Terkejut, PU Syed Desak Mujahid Untuk Letak Jawatan

BACA : Islam Tak Ajar Ceroboh Kediaman, Privasi Individu – Tun M

Justeru beliau meminta orang ramai agar berhenti daripada memanipulasikan kenyataannya seolah-olah beliau menyokong perbuatan maksiat. Ahli Parlimen Parit Buntar itu juga turut memaklumkan bahawa beliau akan membuat kenyataan pada Isnin ini.

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.