Siakap Keli

8 Tempat Bergambar di Perth Yang Boleh Tarik Banyak Like di Instagram

Mencari lokasi untuk bergambar sebelum dimuat naik ke Instagram mestilah satu kewajiban jika anda berkunjung ke luar negara. Tapi, disebabkan kita mempunyai masa yang terhad ketika melancong ke luar negara, ada baiknya rancang dahulu supaya setiap detik boleh diabadikan dengan lebih sempurna di Instagram. Kali ini kami bawakan 8 tempat yang menakjubkan dan mesti anda bergambar jika melancong ke Perth.

Bercakap tentang pengurusan masa ketika melancong, kita tentulah tidak mahu masa yang rushing kan? Kalau boleh, mahu melancong dengan tenang-tenang sahaja. Jika mahu ke Perth dengan jadual masa yang cukup-cukup sedap, anda boleh mengambil penerbangan Malindo Air kerana jadual penerbangan mereka berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 8.30 pagi dan sampai di Perth pada jam 2.10 petang. Just nice kan? Jadual penerbangan balik dari Perth ke Kuala Lumpur pula pada jam 3.00 petang dan anda akan sampai pada pukul 8.55 malam. Jumpa katil di rumah terus tido. Ngam!

Malindo Air juga menawarkan penerbangan yang kerap ke Perth iaitu 14 kali setiap minggu.

Berbalik kepada topik, ini 8 tempat yang mesti anda bergambar jika ke Perth. Gambar-gambar ini kami pilih sendiri di Instagram.

1 – Toodyay

Jika anda mahukan landskap yang kehijauan, Toodyay di Avon Valley adalah jawapannya. Toodyay merupakan antara tapak bersejarah di Perth dan arkitektur kawasan ini juga dikekalkan bagi tujuan pelancongan. Di sini, anda boleh menikmati kehijauan dan juga bergambar dengan haiwan-haiwan kerana ada banyak ladang. Selain itu, anda juga boleh bergambar dengan bangunan-bangunan klasik yang masih dikekalkan di kawasan ini.

2 – Blue Boat House

Simetrikalnya yang sempurna menjadikan Blue Boat House di Swan River antara tarikan untuk bergambar di Perth. Kawasan ini sesuai untuk dijadikan latar belakang kepada yang mahu bergambar dengan pasangan masing-masing.

3 – The Pinnacles Desert

Mahu bergambar dengan latar belakang kuning pasir? The Pinnacles Desert adalah jawapannya. Dengan batu-batu besar yang berkedudukan secara rawak menjadikan subjek gambar lebih menyerlah dari yang lain, lagi-lagi jika anda memakai pakaian gelap. Terletak di Nambung National Park, kawasan ini antara landskap yang popular di Australia.

4 – Kings Park

Kalau anda mahu bergambar dengan pokok dan tumbuhan yang pelik-pelik bentuknya, pergilah ke Kings Park and Botanic Garden di Mount Eliza. Di sini, pelbagai jenis pokok pelik yang berbentuk unik akan anda temui. Tengoklah sendiri gambar di atas ni. Cantik kan?

5 – Fremantle

Fremantle, tempat pelancongan yang terkenal dengan seni binaan zaman emas. Jika mahu bergambar dengan bangunan klasik yang mewah, anda boleh ke Fremantle sambil menikmati makanan laut yang sedap disana.

6 – Elizabeth Quay

Jangan lupa singgah di Elizabeth Quay ketika anda di Perth. Ia merupakan salah satu tarikan pelancong di Perth dan mempunyai banyak binaan-binaan ciptaan manusia yang berbentuk unik berlatar belakangkan Swan River. Kombinasi yang sempurna untuk gambar yang mempunyai tema moden dan natural.

7 – Lobster Shack  

Ahh. Waktu makan, mestilah kena Instagram. Di Perth, anda boleh ke Lobster Shack di Cervantes untuk mengambil gambar bersama santapan anda, Lobster. Selain makanan, Lobster Shack juga ada menyediakan tour di tempat makan mereka. Boleh lah bergambar dengan Lobster banyak-banyak!

8 – Rottnest Island

Kawasan akhir sekali yang kami ingin syorkan adalah Rottnest Island. Di sini, anda boleh bersiar-siar dengan lebih tenang kerana ianya kawasan larangan bagi kereta. Cara pergerakan yang dibenarkan di kawasan ini sama ada dengan berjalan, berbasikal ataupun menggunakan kenderaan yang disediakan. Jika tak mahu kepenatan berjalan, boleh gunakan khidmat Segway Tour sebab ada pelbagai kemudahan yang disediakan.

Satu lagi tarikan di Rottnest Island adalah anda boleh bergambar dan berselfie dengan ‘haiwan paling happy’ di dunia, Quokka. Kalau anda bernasib baik, mungkin Quokka itu sendiri pegang kamera berselfie dengan anda!

Bila melancong, kita mesti mahukan detik yang sempurna termasuklah penerbangan. Jika anda terbang ke Perth dengan Malindo Air, sesi penerbangan anda itu sudah disertakan sekali dengan servis premium

Servis premium termasuklah berat bagasi 25kg, sistem hiburan dalam penerbangan, makanan dalam penerbangan dan ruang kaki yang luas. Percutian anda akan bermula dengan hati yang tenang dan akan berakhir dengan senyuman kepuasan!

Tak rugi jika anda pergi ke laman web Malindo Air lihat tawaran Perth mereka. Lawat www.malindoair.com untuk info lanjut.

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....