Siakap Keli

Dimalukan Depan Pengajar Lain, Seorang Guru Dipercayai Bertindak Kelar Tangannya

Ramai yang menganggap tugas seorang guru itu mudah, namun hakikatnya kerjaya sebagai seorang guru kini semakin mencabar dengan tugas yang bukan lagi sekadar mahu mendidik anak murid.

Sementara itu, baru-baru ini tular di Facebook apabila seorang guru telah memuat naik gambar laporan polis bersama gambara tangan yang dikelar selepas bergaduh dengan guru besar tempat dia bertugas.

Kejadian berlaku di salah sebuah sekolah jenis kebangsaan di Sungai Buloh pada 2 Oktober lalu.  Guru besar terbabit dikatakan telah memalukan guru terbabit di hadapan guru-guru lain serta mengugut untuk membalas dendam.

Akibat tidak dapat menahan emosi, guru tersebut telah bertindak mengelar tangannya sendiri di hadapan guru besar.

“Pada 2/10/2018 1.30 tenghari semasa berada di SJ**, telah berlaku selisih faham dengan guru besar kerana dia telah memalukan saya di hadapan guru lain dan mengugut akan menjatuhkan saya serta balas dendam (dihadapan Puan S*** dan PK Puan S******). Saya tanpa sedar dan hilang kawalan telah mengelar tangan kiri dihadapannya tetapi dia langsung tidak pendulikan says serta menyuruh guru lain bawa ke klinik swasta kerana takut menjadi kes polis.  Saya telah dibawa oleh 3 orang guru ke klinik kesihatan Kuala Selangor untuk mendapatkan rawatan lanjut.  Saya mahu buat tuntutan ganti rugi, kos perubatan dan ke atas diri saya.  Sehingga ke hari ini, PPD tidak mengambil sebarang tindakan terhadap guru besar berkenaan.  Jenayah kerja yang dilakukan terhadap saya dan guru lain.  Tujuan repot untuk tindakan pihak polis kerana tidak tahan dengan sikap guru besar yang sengaja kerana membuatkan saya mengalami tekanan perasaan yang teruk.  Sekian aduan saya.”

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di