Siakap Keli

Isu Ketuk Pintu Cegah Khalwat, Mujahit Bagi Tempoh 24 Jam Sebuah Akhbar Berbahasa Inggeris Mohon Maaf

Akhbar berbahasa Inggeris, The Star digesa memohon maaf secara terbuka dalam masa 24 jam kerana menulis laporan yang salah sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini, Siti Zulaikha Zulkifli, Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, berkata permohonan maaf itu perlu disiarkan dalam akhbar dan portal mereka.

Katanya jika perkara berkenaan tidak dibuat dalam tempoh 24 jam tindakan lebih tegas akan diambil.

Semalam, akhbar tersebut menyiarkan laporan bertajuk ‘No More Moral Policing’ serta versi online ‘No more night khalwat raids or intrusion into Muslims private lives, says Mujahid’. (‘Tiada lagi kepolisan moral’ dan ‘Tiada lagi serbuan khalwat waktu malam atau merejah kehidupan peribadi orang Islam, kata Mujahid’)

Siti Zulaikha turut menegaskan bahawa tiada langsung dalam temu bual bersama media berkenaan Mujahid mengeluarkan kenyataan seperti tajuk yang ditulis akhbar berbahasa Inggeris berkenaan.

Katanya selepas penelitian dibuat, beliau mendapati Mujahid langsung tidak menyebut perkataan seperti yang ditulis dalam berita berkenaan pada perenggan pertama iaitu ‘No more knocks on the door in the middle of the night and no more breaking down of doors by the religious authorities investigating reports of khalwat or other alleged wrongdoings.

(Tiada lagi ketukan di pintu pada waktu tengah malam dan tiada lagi perbuatan pecahkan pintu oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan mengenai khalwat atau dakwaan kesalahan-kesalahan lain.)

Nur Farra