Siakap Keli

Terkini: Polis Mula Menggali Kubur CEO Cradle Fund Untuk Bedah Siasat Kali Kedua

Jun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazri Hassan, 47 maut dalam kebakaran di kediaman miliknya di Mutiara Homes kira-kira jam 12.20 tengahari.

Mangsa ketika itu berjaya dibawa keluar daripada bilik yang dipercayai terperangkap namun telah disahkan meninggal dunia akibat lemas selain melecur 30% dibahagian badan akibat kebakaran.

Difahamkan, ketika kejadian, Mohd Rizal berseorangan dalam bilik di tingkat atas, manakala isteri serta anak lelakinya berada di ruang tamu di tingkat bawah.

Hari ini, kubur mangsa digali semula selepas pihak berkuasa mendapati terdapat sesuatu yang tidak kena sepanjang proses siasatan dijalankan.

Pihak polis telah mengklasifikasi semula kes sebagai bunuh berikutan hasil siasatan forensik oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Sekumpulan pasukan pihak berkuasa telah dilihat tiba di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara bagi tujuan bedah siasat kali kedua.

Sepanjang siasatan, beberapa suspek telah ditahan reman antaranya isteri Nazrin dan bekas suami, pasangan suami isteri yang dikaitkan dengan bekas isterinya dan dua anak tiri.

Nur Farra