Siakap Keli

Tidak Perlu Minta Maaf Pada Mujahid – Mufti Negeri Sembilan

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad mempersoalkan kenyataan dari Datuk Dr Mujahid yang meminta golongan agamawan termasuk mufti untuk meminta maaf kepadanya susulan isu operasi khalwat pada waktu malam beberapa hari lalu.

Beliau dalam pada itu memberitahu untuk agamawan dan mufti tertentu untuk tidak meminta maaf sebaik mempersoalkan tindakan Mujahid yang membuat penafian dan membela diri setelah menerima kritikan daripada golongan ini.  Beliau berpendapat, Mujahid seharusnya membuat penafian lebih awal supaya tiada tuduhan terhadap mana-mana pihak.

Menurut Mohd Yusof, mufti memberi penjelasan berdasarkan ilmu agama berhubung kenyataan menteri berkenaan mengikut input yang dilaporkan akhbar Inggeris berkenaan.

Beliau menambah, jika para mufti serta agamawan tidak menjelaskan kenyataan itu, ia seperti mereka mengiyakan kenyataan yang didakwa salah tafsir.

Sebelum ini, Dr. Mujahid ketika dalam satu persidangan meluahkan rasa kesal terhadap tindakan agamawan tertentu yang mengkritiknya secara melulu tanpa mendapatkan penjelasan secara terperinci.

Nur Farra