Siakap Keli

(Video) Benarkan Monyet Peliharaannya ‘Memandu’ Bas, Lelaki Ini Digantung Dari Tugas

BANGALORE (INDIA): Sebuah video yang memaparkan tindakan seorang lelaki membiarkan monyetnya memandu bas telah tular di internet dan menyebabkan dia digantung dari tugas.

Dalam rakaman video itu, M Prakash dilihat tersenyum sambil monyet berkenaan yang duduk di bahagian atas stereng sewaktu mengendarai bas tersebut.

Menurut T.S. Latha yang merupakan jurucakap perbadanan pengangkutan jalan milik kerajaan di sana, pemandu berusia 36 tahun itu digantung tugas berikutan tindakannya yang boleh membahayakan penumpang yang ada ketika itu.

Ketika kejadian, dipercayai terdapat kira-kira 30 penumpang yang berada di dalam bas namun tiada sebarang aduan yang diterima berhubung insiden itu.

Memetik laporan media tempatan, monyet itu dikatakan duduk di atas stereng selama hampir 10 minit ketika bas berkenaaan sedang beroperasi sekitar Davangere, kira-kira 270 kilometer dari Bangalore .

Video yang tular itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya menganggap ianya sebagai perkara yang lucu dan pemandu tersebut tidak sepatutnya digantung dari tugas tetapi hanya diberi amaran untuk tidak mengulangi lagi perbuatan itu.

Sumber: Breakthrough Videos

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar