Siakap Keli

(Video) Mata Ditusuk Busur Panah, Polis Ini Tetap Jalankan Tugas Kawal Rusuhan

Meskipun berdepan dengan suasana rusuhan yang kacau bilau dan matanya tertusuk busur panah dari perusuh, seorang pegawai polis tetap setia menjalankan tugasnya untuk mengawal keadaan di tempat kejadian.

Sebuah video yang mempamerkan polis tersebut tetap berjalan di kawasan rusuhan dengan keadaan matanya terkena anak panah dimuat naik di laman Instagram dan menerima pelbagai reaksi dari netizen.

Kejadian rusuhan tersebut berlaku di wilayah pergunungan Bintang di Papua, di mana pada Selasa lalu, terjadi satu rusuhan di daerah Oksibil.

Rakaman video itu dikongsi oleh Ketua Bahagian Hubungan Antarabangsa Polis Negara dan bekas Pengarah Jenayah di Polis Metro Jakarta, Brigadier Jeneral Krishna Murti.

Jeneral Krishna turut memuji polis yang tidak didedahkan identiti dengan menulis kapsyen: “Dia tidak ingin jadi pahlawan. Dia hanya ingin melaksanakan tugas. Mata kena panah ketika cuba mengawal konflik. Dia tetap kuat. Kamu hebat! Kami bangga!

Pegawai polis itu dilaporkan dipindahkan ke ibukota Papua, Jayapura untuk rawatan intensif.

Berlaku banyak pertempuran ganas di daerah Gunung Bintang sejak April lalu yang dilakukan kumpulan yang menyokong dan menentang kepimpinan Constans Oktemka.

Sumber: krishnamurti_bd91

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar