Siakap Keli

Zakat Selangor Sumbang RM60,000 Buat Wira Bomba Yang Terkorban

Dana sumbangan sebanyak RM60,000 telah diluluskan pihak Lembaga Zakat Selangor untuk Bantuan Sara Hidup kepada keenam-enam keluarga anggota Pasukan Penyelamat di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang telah terkorban dalam misi menyelamat seorang remaja di sebuah lombong di Putra Perdana, Puchong minggu lalu.

Abdul Basith Hamid selaku Ketua Pegawai Penyelaras Zakat Selangor mengumumkan perkara tersebut dalam satu Majlis Serahan Sumbangan Tabung Kebajikan Pesakit Hospital (TKPH) Zakat Selangor hari ini.

Setiap keluarga mangsa yang terkorban akan menerima peruntukkan sebanyak RM10,000 dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berharap dengan sumbangan yang diberikan itu dapat membantu keluarga yang ditinggalkan terutama yang mempunyai anak kecil.

Dalam insiden tersebut, enam anggota PPDA yang terkorban adalah Mazlan Omarbaki; Yahya Ali; Muhammad Hifdzul Malik Shaari; Adnan Othman; Mohd Fatah Hashim dan Izatul Akma Wan Ibrahim.

Nur Farra