Siakap Keli

Air Pasang Besar Sampai Khamis Di Klang – Bomba

Tiada kawasan di sekitar Klang dilanda banjir berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku kira-kira 6.30 pagi tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Alimaddia Bukri berkata pemantauan di kawasan-kawasan berisiko tinggi dinaiki air mendapati tiada limpahan air laut melepasi ban dan keadaan adalah terkawal.

“Seramai 91 anggota keselamatan terdiri daripada JBPM, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam mula berkawal di Sementa, Tok Muda dan Batu 4 sejak 4 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebanyak 10 kawasan di daerah itu antaranya Sementa, Pelabuhan Klang, Kampung Tok Muda, Kampung Sungai Keramat dan Kampung Perepat dikenal pasti berisiko tinggi dilanda banjir akibat fenomena berkenaan.

Nur Farra