Siakap Keli
Gambar : Mohd Syariell

Batal Kontrak MRT2, Media Sosial Dihujani Luahan Pekerja-Pekerja Yang Kini Tidak Pasti Dengan Masa Depan Mereka

Keputusan kerajaan untuk menamatkan kontrak bawah tanah Transit Aliran Massa 2 (MRT2) dimana MMC Gamuda sebagai firma yang diberikan kontrak melakukan kerja-kerja bawah tanah dan membuka semula tender telah mendatangkan kegusaran sehingga media sosial dihujani dengan pelbagai perkongsian, terutama daripada pekerja-pekerja swasta yang terlibat secara langsung dalam pembinaan tersebut yang sudah berjalan.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan akibat penamatan kontrak berkenaan, dianggarkan lebih daripada 20 ribu tenaga kerja, majoriti warga tempatan, bakal terjejas masa depan mereka.

Rata-rata meluahkan rasa bimbang dengan masa depan masing-masing apatah lagi dengan pasaran kerja yang lembap buat ketika ini. Beberapa pengguna facebook yang terlibat dalam pembinaan ini secara langsung antaranya adalah Fadhil Hamizan yang memuat naik satu perkongsian di akaun fb miliknya itu.

”Tunnel Boring Machine (TBM). Terlalu banyak kenangan kami bersama sepanjang pembinaan terowong MRT2. Tidak mudah untuk melupakan dan meninggalkan segala yang kami kerjakan.

”Siang malam memberi sepenuh keringat dan tenaga demi memastikan kelancaran projek ini. Hanya tuhan yg tahu penat lelah sepanjang betugas. Namun, segala penat lelah itu tidak sekali-kali menjadi penghalang untuk terus mencurah bakti kepada negara tercinta,” katanya melalui perkongsian tersebut.

Katanya lagi, dia seakan-akan tidak percaya bahawa dirinya bakal kehilangan pekerjaan sebaik mendapat berita bahawa kontrak yang diberikan kepada majikannya akan dibatalkan.

”Sayang, ribuan anak muda baru memulakan karya tetapi tidak menyangka ini adalah pengakhiran karya mereka dan juga aku.

”Rezeki datang dari Tuhan. Rezeki tidak salah alamat. Namun tidak semudah yang kita harapkan. Kemana arah hendak dituju oleh tunnellers seperti kami. Pengalaman yang ada belum cukup untuk terbang jauh ke negara orang. Setidaknya beri peluang sehingga tamat projek sedia ada,” katanya lagi.

Di akhir perkongsian tersebut, dia meninggalkan sebaris ayat yang berbunyi ”Dear government, we saved you before, now its time for you to save us” yang boleh difikirkan bersama-sama.

Manakala, beberapa orang lagi individu yang terlibat secara langsung di tapak pembianaan dan bakal terjejas turut berkongsi luahan-luahan mereka.

Amtaranya luah tersebut adalah yang dikeluarkan oleh Hafizi Asmuni dan Shafiqa Aquilah.

Menurut perkongsian yang dibuat oleh Shafiqa Aquilah, orang ramai perlu memahami bahawa kerja-kerja melibatkan bawah tanah melibatkan risiko yang tinggi. Justeru bagi meminimakan risiko-risiko berkenaan, syarikat terpaksa membelanjakan dana yang besar untuk menyediakan pelan keselamatan yang sempurna, bukan sahaja untuk pekerja-pekerja yang berada di bawah tanah, tetapi kepada orang awam yang mungkin berada dengan tapak pembinaan.

Satu perkongsian adalah yang dibuat oleh Mohd Syariel yang meminta agar orang ramai terus memberi sokongan kepada pekerja-pekerja sepertinya yang terjejas dengan keputusan terbaru kerajaan tersebut.

”Jika ia berlaku kemana semua anak-anak muda ini akan pergi, bagi mereka yang berkeluarga, tentu mencari peluang kerja baru bukannya mudah.

”Bagaimana kita hendak memajukan bidang TVET negara jika begini jadinya?” soalnya.

Malah ketika ini, pelbagai tanda pagar (#) menjadi trending di media sosial sebagai satu usaha untuk menyatakan sokongan kepada individu-individu yang terlibat dalam keputusan tekini kerajaan. Antara tanda pagar berkenaan adalag #prayforMRT2, #save20kjobs dan #savefor20000jobs.

Selain itu, terdapat satu petisyen atas talian yang dibuat khas bagi membolehkan orang ramai menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pekerja-pekerja ini. Anda turut boleh menyumbang sokongan di change.org.

Kami kongsikan dengan anda beberapa kemas kini yang lain di bawah. Semoga mereka semua yang terjejas terus bersabar dan diharap ada berita gembira buat mereka lepas ini.

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.