Siakap Keli

“Nak Tahu Rasa Otak,” Pedofilia Kejam, Mengaku Cungkil Mata Dan Panaskan Otak Mangsa Dalam ‘Microwave’

Seorang penjenayah pedofilia mengaku bersalah selepas mencungkil mata, memasak di atas kuali dan memanaskan otak mangsa didalam ketuhar gelombang mikro.

Arkady Zverev, 22 melakukan aktiviti kejam tersebut bersama ‘kekasih’ berusia 12 tahun.  Selain perbuatan jijik itu, Zverev turut memberitahu dengan tenang bahawa dia memakan otak mangsa yang telah dimasak.

Susulan kes ini, Zverev ditahan selama 2 bulan untuk membantu siasatan terhadap kes ini yang mana dia mengaku mengerat dan memotong badan mangsa.  Sementara itu, gadis yang dianggap kekasihnya itu telah ditempatkan di hospital untuk ujian psikiatri kerana masih dibawah umur dan tidak akan menghadapi pertuduhan.

Zverev turut menghadapi pertuduhan membunuh, menyalahgunakan mayat dan melakukan perbuatan seksual dengan kanak-kanak kecil.

Laporan daripada pihak berkuasa yang menguruskan kes ini memberitahu hakim bahawa Zverev telah melihat kekasih lamanya mengalami kemalangan sehingga otaknya terkeluar.  Sejak itu, suspek mula mencari tahu bagaimana rasanya otak manusia.

Sumber: Mirror

Nur Farra