Siakap Keli

Nampak Remeh Tapi Perkara Ini Memang Sering Terjadi, Lihat Senarai Lima ‘Benda’ Yang Mudah Hilang Di Rumah

Rumah merupakan tempat di mana kita akan menyimpan semua barangan yang  ada kerana ia adalah tempat tinggal yang kita diami bersama keluarga atau sebagainya.

Tetapi, pasti setiap dari kita pernah melalui situasi di mana kita kehilangan barang di dalam rumah. Tidak pasti sama ada barang tersebut digunakan oleh orang lain atau kita yang salah meletaknya.

Mencari barang hilang yang amat diperlukan merupakan perkara yang membuat kita stress dan gelisah. Bagaimanapun, minda dan hati perlu lah berada dalam keadaan tenang untuk memudahkan proses pencarian.

Entri kali ini akan berkongsi lima jenis ‘benda’ yang nampak remeh tetapi sekiranya hilang tetapi impaknya sangat besar kepada kita dan keluarga. Oleh itu, jagalah ia dengan sebaiknya.

Perkongsian ini diambil dari penulisan Mohd Fhais di laman facebooknya. Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

5 Benda Yang Mudah Hilang Di Rumah

Nampak remeh tapi 5 perkara ini kalau hilang boleh buat hidup satu keluarga sengsara. Beringatlah sebelum ia hilang.

1 – Sudu
Tak kira sudu plastik atau besi makin lama kita duduk rumah tu makin banyak sudu hilang. Bila nak guna mesti tak cukup, ntah hilang ke mana.

2 – Pakaian
Ini betul, semakin lama semakin banyak baju baru kita beli. Baju lama kalau tak jadi kain buruk mesti duduk di baris paling bawah sekali dalam almari. Sampai satu masa kita cari semula dah tak jumpa. Kena makan tikus ke?

3 – Kepercayaan
Semakin lama duduk serumah semakin banyak cabaran dan liku kehidupan yang akan di lalui. Begitu juga kepercayaan, kalau dulu kuat dan utuh di sanubari tapi lama kelamaan ia beransur hilang. Ada juga yang masih kekal utuh tapi sangat jarang..

4 – Budi Bahasa
Rumah tempat bebas peraturan, bebas kekangan jadi kita bebas buat apa sahaja. Termasuklah mulut bebas berkata tanpa peduli. Perkataan seperti hoi, bangang, kejadah, aku, kau dan juga kata-kata negatif lain. Semakin lama semakin hilang budi bahasa, dan semakin bahasa kesat ini melekat pada anak-anak.

5 – Kesabaran
Ya, orang yang sabar pasti mudah hilang bila duduk di rumah terlalu lama. Sebagai contoh surirumah, sehari 24 jam di rumah bekerja, melayan kerenah anak-anak, melayan suami, memasak, mengemas rumah dan ada juga yang buat bisnes dari rumah kerana ingin membantu suami. Bila suami sendiri tidak percaya atau buat-buat tak percaya bila isteri cakap dia penat nak berehat, semakin hilang kesabaran isteri.

Rumah kita syurga kita,

Benda yang hilang kita masih boleh perbaiki dan ganti tapi jangan sesekali kita hilangkan keyakinan kita pada Allah yang satu.

Hilangnya keyakinan ini maka hilang dan sia-sia hidup kita di dunia.

Kalau nak lebih untung 3 Ebook RM97 sahaja boleh dapatkan di link ini,
https://proparenting.onpay.my/…/form/mainupsell-billplz/Fh24

Sumber: Mohd Fhais

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar