Siakap Keli

“Setidaknya Saya Nampak Hebat Di Mata Allah,” Atlet Judo Indonesia Kecewa Digugurkan Sukan Para Asia Kerana Berhijab

Atlet Judo Indonesia, Miftahul Jannah tidak dibenarkan bersaing dalam Sukan Para Asia semalam (Isnin), selepas menolak untuk membuka tudung dalam perlawanan menentang atlet dari Mongolia, Oyun Gatulga di Kemayoran, Jakarta.

Keputusan menggugurkan kelayakannya dikatakan mengikut peraturan Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF).  Walau bagaimanapun, Presiden Paralimpik Kebangsaan (NPC), Senny Marbun berkata kejadian tersebut berlaku kerana kecuaian pihaknya sendiri.

“Peraturan IJF telah lama ditubuhkan, namun jurulatih judo yang dilantik oleh pihak NPC tidak prihatin dengan isu ini kerana mungkin tidak memahami peraturan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris,” beritahu Senny dalam satu sidang akhbar semalam.

“Bagi pihak NPC saya memohon maaf.  Ini benar-benar memalukan saya dan saya harap ia tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.”

Beliau dalam pada itu berkata, penutup kepala atau tudung ini adalah dilarang dalam permainan kerana bimbang akan keselamatan para atlet.

Sementara itu, Miftahul dalam satu kenyataan memberitahu, “Saya rela dikeluarkan daripada menanggalkan tudung.  Setidaknya saya telah mampu mengendalikan diri saya agar hebat di mata Allah SWT.”

“Saya rasa tak salah jika atlet bertudung juga dibenarkan bertanding.  Buktinya banyak lagi kejuaran lain yang membolehkan pesertanya memakai tudung.”

Dalam pada itu, Miftahul turut meminta maaf kepada seluruh rakyat Aceh kerana tidak berjaya mengharumkan nama negara itu serta memberikan gelaran juara pada Asian Para Games.

“Saya minta maaf.  Tapi, apa yang saya lakukan ini adalah bentuk harga diri dan menjaga maruah masyarakat Aceh yang dikenali dengan syariat Islam.  Saya tak ingin menggadaikan harga diri dan martabat Aceh semata-mata untuk bergelar juara.”

Mulyana, Ketua Timbalan Jawatankuasa Para Asia Games Indonesia (INAPGOC) berkata permainan taekwondo dan karate juga tidak membenarkan peserta untuk memakai hijab semasa bertanding.

Bagaimanapun, persekutuan daripada kedua-dua sukan telah menukar peraturan tersebut selepas mendapat permintaan daripada negara-negara luar yang mempunyai atlet berhijab.

“Tudung yang dibenarkan juga perlu memenuhi spesifikasi yang sesuai dengan sukan,” katanya.

Mulyana dalam masa yang sama berharap IJF dapat mengkaji semula peraturan ini pada masa hadapan.

Sumber: The Jakarta Post, Baca Berita

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di