Siakap Keli

“Tidak Boleh Bernafas Dengan Hidung, Jadi Saya Cucuk Kepala,” Alasan Sukar Bernafas, Lelaki Tikam Kepala Sendiri

Seorang lelaki hampir maut selepas menikam kepalanya sendiri berikutan mengalami kesukaran untuk bernafas.

Polis menemui lelaki yang dikenali sebagai Yury Zhokhov, 41, ketika dia sedang berlutut di padang dekat bandar Donets dengan keadaan pisau terpacak di kepalanya.

“Siapa yang menikam kamu?” tanya  anggota polis dalam sebuah video perbualan di antara Yury dan pegawai yang menemuinya.

Yury diarahkan untuk tidak menggerakkan kepalanya kerana bimbang dia akan mati serta merta.

“Saya tidak boleh bernafas dengan hidung, jadi saya cucuk kepala saya.” jawab Yury.

“Kepala saya tidak boleh bernafas tetapi pisau ini terlekat di kepala,” ujarnya.
Setelah di bawa ke hospital, imbasan X-ray menunjukkan pisau itu tertanam di kepalanya dengan dalam.
Jelas doktor, insiden ini merupakan satu keajaiban kerana lelaki itu tidak meninggal dunia atau mengalami kecederaan otak yang serius.

Seain itu,  dia masih hidup kerana pisau itu hanya menembusi celah otaknya sekali gus tidak mencederakan organ penting berkenaan.

Yury kemudiannya menjalani pembedahan bagi mengeluarkan pisau berkenaan dan hanya berdepan risiko mengalami jangkitan kuman pada luka tersebut.

Sumber: Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.