Siakap Keli

UiTM Untuk Semua Kaum? Ini Jawapan Naib Canselor

Tular di media sosial serta aplikasi WhatsApp apabila rantaian mesej pemberitahuan mendakwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menerima arahan pengambilan pelajar telah dibuka kepada semua kaum.

Selain itu, mesej tersebut turut menyatakan yuran pembelajaran akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM27,000 untuk diploma.

“Tiada tempat khas untuk pelajar melayu dan tiada yuran RM800 lagi. Nak ambil diploma mesti ada RM27,000.”

Susulan khabar ini, Naib Canselor UiTM, Prof. Emeriuts Datuk Seri Dr. Hassan Said menafikan berita tidak benar ini serta memberitahu bahawa pihak mereka tidak menerima sebarang arahan untuk pengambilan pelajar bukan Bumiputera di UiTM.

Menurut beliau, ia adalah berita palsu.  Sebaliknya instituisi itu akan terus memperkasa agenda Bumiputera.

Nur Farra