Siakap Keli

Daripada Menari Raver, Baik Menari K-pop Dapat Juga Galaxy Note9

Sebut je K-Pop, gadis-gadis remaja terutamanya mulalah jadi tak keruan.

Ada apa dengan K-Pop?

via GIPHY

Tarian bertenaga, muzik rancak, paras wajah yang cantik dan kacak, serta suara yang mampu memikat hati yang mendengar, itu bukanlah satu perkara yang asing bagi peminat-peminat K-Pop di Malaysia.

Jika di Malaysia, K-Pop ni dah viral sejak tahun 2008 lagi.  Semuanya bermula dengan lagu ‘Sorry Sorry’ dibawa oleh kumpulan idol Super Junior yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa sebab dah berjaya menawan hati peminat muzik global pada ketika itu.

via GIPHY

Kalau dah suka sangat K-Pop mesti suka tiru cara dorang menari kan?

Demam Ddu-Du, Ddu-Du, 5 Tarian Kpop Viral Seluruh Dunia

Tak dinafikan, tarian K-Pop antara yang menjadi fokus setiap muzik video dorang.  Sampai ada yang sanggup ulang tengok semata-mata nak hafal step tarian.  Siapa yang macam tu? Angkat kaki!

Setakat ni, muzik video dan langkah tarian mana yang menjadi kegemaran korang? Oppa gangnam sytle ke atau nobody nobody but you?

via GIPHY

Ini pilihan kitaorang!

Oh! sebelum tu, Youtube pernah melaporkan tontonan muzik video K-Pop berkembang dari hari ke sehari.  Bayangkan dari 700 juta tontonan, pada tahun 2018, angkanya dah meningkat sehingga lebih 5.5 bilion!

Jumlah penduduk Malaysia baru 32.4 juta, lagi 5.4 bilion tu dari mana la agaknya kan?

1. PSY – GANGNAM STYLE

Tarian ala-ala tunggang kuda ni mendapat lebih 3 bilion tontonan.  Video muziknya telah ditonton lebih 884 juta kali sebaik di muat naik pada tahun 2012, menjadikannya video K-pop yang paling banyak ditonton di YouTube.

2. WONDER GIRLS – NOBODY

Lagu ni menjadi kegemaran kaum wanita kerana menampilkan langkah tarian yang cukup kemas dengan elemen klasik pada konsep muzik video.  Billboard menempatkan lagu ini pada posisi #43 daripada 100 dibawah kategori ‘Lagu Wanita Terbaik Sepanjang Masa.’

3. SUPER JUNIOR – SORRY, SORRY

Single paling berjaya dalam carta muzik Super Junior, memenangi 10 pengiktirafan semasa tempoh promosi lagu. ‘Sorry Sorry’ menampilkan step tarian yang sangat mudah nak ingat dan menjadi ikutan sampai sekarang.

4. BIGBANG – BANG BANG BANG

Lagu dengan tarian paling ikonik setakat ni! Lebih daripada lima juta muat turun di seluruh Asia, “Bang Bang Bang ” diiktiraf sebagai lagu paling laris sepanjang masa.

5. GIRL GENERATION – GEE

Antara tarian yang boleh buat korang kurus.  Konsep tarian yang mudah dan sangat comel! Ia turut menjadi single terlaris tahun 2009 di Korea Selatan.

 

Fenomena K-Pop ni memang tak dapat dinafikan sangat-sangat besar. Daripada muzik sampailah ke step tarian pun jadi pujaan peminat-peminat fanatik.

Nom Nom Nom Nom Nom Challenge!

Di kesempatan itu, restoran makanan Korea terkenal, DubuYo mengambil inisiatif untuk memanggil semua peminat-peminat K-Pop bagi mengambil bahagian dalam DubuYo DanceYo Challenge serta berpeluang memenangi hadiah utama Samsung Galaxy Note9!

Caranya senang je! Korang hanya perlu buat 3 langkah mudah seperti dibawah:

  • Rakam video tarian K-Pop korang dengan menyelitkan gerakan tangan ‘nom nom nom nom nom’ seperti video di atas.
  • Muat naik video korang di Facebook, Instagram ataupun aplikasi Tik Tok dengan tetapan ‘public’ dan tag DubuYo serta hashtag #DubuYoDanceYoChallenge
  • PM pautan video korang kepada Facebook, Instagram atau Tik Tok DubuYo.

Senang kan?

Kalau korang nak lebih info berkaitan cabaran ni, korang boleh terus ‘Like’ Facebook DubuYo dan dekat situ ada pelbagai maklumat serta sebarang updates terkini untuk korang rujuk dari masa ke semasa.

Masuk cabaran ni boleh menang hadiah ke?

Join Dan Dapat Baucer Makan Untuk 2 Orang!

Mestilah boleh! Selain Samsung Galaxy Note9, ada banyak lagi hadiah yang gempak! Antaranya dapat join kelas tarian K-Pop selama sebulan dan untuk korang yang menyertai pertandingan ini layak dapat baucer makan untuk 2 orang di DubuYo!  Best kan!

Rugi kalau tak masuk sebab tak susah pun gais.  Menari dengan lagu K-Pop versi DubuYo bersama gerakan tangan nom nom nom nom macam ala-ala baby shark doo doo doo tu dan korang berpeluang menang hadiah yang sangat best!

via GIPHY

Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke Facebook, Instagram atau website rasmi DubuYo


Nur Farra