Siakap Keli

Indonesia Arah Sukarelawan Asing Hulur Bantuan Di Palu Tinggalkan Kawasan Bencana Dengan Segera

Indonesia pada Selasa mengarahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang berada di kawasan bencana untuk menghulurkan bantuan agar meninggalkan kawasan berkenaan.

Media antarabangsa melaporkan Indonesia sebelum ini dikenali sebagai sebuah negara yang tidak mahu dilihat terlalu bergantung dengan bantuan. Awal tahun ini, ketika bencana gempa di Pulau Lombok, Indonesia enggan menerima bantuan daripada luar biarpun menerima tawaran daripada beberapa buah negara.

Bagaimanapun, dengan bencana gempa berkekuatan 7.5 magnitud dan tsunami, Indonesia akhirnya secara terbuka merayu bantuan daripada luar selepas dua bencana berkenaan menyaksikan sekurang-kurangnya 1,948 mayat sudah ditemui.

Namun, dengan beberapa wilayah terjejas masih lagi belum dapat diakses sepenuhnya, beberapa pertubuhan sukaralewan memaklumkan berhadapan dengan kesukaran untuk menghulurkan bantuan ketika ini apabila terdapat halangan dalam permohonan permit yang dikemukakan kepada kerajaan. Ia sekaligus menyebabkan berlakunya kesulitan dalam membawa masuk barangan keperluan asas dan kekeliruan terhadap pertauran yang dikuatkuasakan.

Petugas-petugas bantuan bencana asing sudah sekian lama menghadapi kesukaran setiap kali menghulurkan bantuan kepada Indonesia, dan baru-baru ini, Agensi Pengurusan Bencana Alam Indonesia mengeluarkan arahan yang tidak membenarkan organisasi asing daripada memberi bantuan secara langsung tanpa kehadiran sukarelawan-sukarelawan tempatan.

”Warga asing yang bertugas dengan NGO asing tidak dibenarkan berada di kawasan bencana.

”NGO asing yang sudahpun menghantar sukarelawan-sukarelawan asing ke wilayah bencana diminta untuk memanggil pulang semula anggota-anggota mereka dengan kadar segera,” kata tweet berkenaan.

Angka rasmi kematian setakat ini adalah sebanyak 1,948 yang diterbitkan pada Selasa, dengan majoriti mangsa berasal daripada wilayah Palu, satu wilayah kecil yang paling awal dibadai ombak tsunami.

Ketika ini, tidak dapat dipastikan jumlah mangsa yang masih hilang, terutamanya di kawasan selatan Palu yang dilanda likuifaksi tanah, namun anggaran kasar bencana berkenaan mungkin meragut sehingga 5,000 nyawa, kata agensi itu lagi.

Walaupun rata-rata sangsi dengan kemampuan Indonesia untuk mengendalikan bencana skala besar secara bersendirian, namun kerajaan Indonseia secara peribadi gusar untuk membuka ruang yang luas kepada bantuan daripada luar.

Ini bukanlah satu perkara yang luar biasa kerana faktor politik juga harus diambil kira kerana sebarang keputusan yang tidak menguntungkan akan dijadikan sebagai modal politik untuk pihak lawan, apatah lagi indonesia bakal menyaksikan Pemilihan Presiden tidak lama lagi.

Lebih teruk, ada beberapa pihak di Indonesia menganggap keputusan kerajaan untuk membenarkan kahadiran pihak luar sebagai satu pencabulan terhadap kedaulatan negara.

”Ada pertimbangan-pertimbangan politik yang perlu diambil kira, lebih daripada itu ia turut melibatkan soal kedaulatan dan maruah negara, terutamanya pilihan raya bakal menjelma,’‘ kata Keith Loveard, salah seorang pemerhati yang berada di Indonesia ketika ini.

Antara negara yang sudahpun menghulurkan bantuan kepada Indonesia ketika ini adalah Malaysia dan Jerman.

Sumber : Yenisafak News

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.