Siakap Keli

Kerana Berjuang Melawan Perogolnya, Gadis Ini Digantung Pada Pokok Hingga Menemui Ajal

Misteri yang menyelubungi kematian seorang remaja perempuan, yang mayatnya ditemui tergantung pada sebatang pokok masih belum terungkai sepenuhnya biarpun beberapa individu sudah ditahan.

Mangsa, Savita Yadav, penduduk di Mainpur, India dikatakan dibunuh oleh dalam cubaan rogol yang dilakukan oleh tiga orang remaja lelaki, mengikut kenyataan yang diberikan oleh abangnya, Avnish Kumar. Bagaimanapun menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis, pelbagai persoalan masih tidak terjawab dan pihak polis masih tidak dapat mengesahkan apa-apa.

Menurut kenyataan polis lagi, kes pembunuhan berkenaan disiasat dibawah Seksyen 302 (bunuh) dan 307 (cubaan bunuh) terhadap ketiga-tiga tertuduh remaja, Shivam Yadav, Mangal Yadav dan Vikas Kumar Yadav. Siasatan ketika ini dijalankan berdasarkan laporan yang dibuat oleh abang mangsa. Namun pihak polis turut menyiasat kes pembunuhan daripada susut yang berbeza.

Menurut Avnish, ketika kejadian tersebut berlaku, dia sedang bekerja di ladangnya sebelum mendengar jeritan seorang wanita. Dia kemudian bergegas menuju ke arah jeritan tersebut sebelum mendapati bahawa adiknya sedang tergangtung pada sebatang pokok.

Ketika dia mahu membantu adiknya itu, datang tiga orang remaja lelaki dan terus memukulnya. Menurut Avanish, dia percaya ketiga-tiga remaja lelaki berkenaan membelasahnya kerana mahu menghalang dirinya daripada menyelamatkan Savita.

Avanish turut memberitahu bahawa jeritannya meminta pertolongan berjaya menarik perhatian beberapa penduduk kampung yang segera membantunya. Malah, ketiga-tiga remaja yang bertindak memukulnya turut berjaya ditangkap dan diserahkan kepada polis.

Bagaimanapun ketika soal siasat yang dijalankan polis, salah seorang daripada suspek memberikan kenyataan yang berbeza. Shivam memberitahu polis bahawa ketika kejadian dia sedang bercakap dengan mangsa sebelum dihampiri oleh Avinish yang tiba-tiba menengking dan memakinya serta kawan-kawannya.

Dia dan rakan-rakannya kemudian dibawa oleh Avanish ke kawasan kampung dan tidak mengetahui apa yang terjadi kepada mangsa ketika itu. Menurut laporan Time Of India, Shivam yang merupakan seorang pemandu bas sekolah dikatakan menjalin hubungan cinta dengan mangsa. Sebelum ini, mangsa juga pernah diberi hukuman oleh keluarganya setelah hubungan cintanya dengan Shivam terbongkar.

Mayat mangsa ketika ini dihantar ke hospital untuk dibedah siasat dan pihak polis hanya akan mengeluarkan kenyataan punca kematian selepas selesai proses bedah siasat.

Ketua Polis Mainpur, Ajay Shankar Rai berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan gadis berkenaan menjadi mangsa pembunuhan maruah yang biasa terjadi dalam kalangan penduduk di pedalaman India.

Antara kenyataan bercanggah yang perlu disiasat polis adalah kenapa remaja-remaja tersebut bersantai di lokasi pembunuhan sekiranya mereka terlibat dalam pembunuhan tersebut. Selain itu, pihak polis ragu dengan kenyataan bahawa abangnya mendengar suara jeritan adiknya memandangkan ketika itu pihak polis percaya mangsa sudahpun mati dalam keadaan tergantung.

Sumber : Time Of India

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.