Siakap Keli
Unhappy young couple with problem in bedroom

Saintis Dapati Ganja Boleh Sebabkan Lelaki Hadapi Masalah Kesuburan

Menurut laporan portal berita antarabangsa, Daily Mail UK, kajian terbaru yang dilakukan oleh saintis mendapati bahawa ganja berupaya menjejaskan kualiti sperma dan kesuburan lelaki.

Penyelidik-penyelidik ini dikatakan telah mengkaji sempel sperma daripada lelaki-lelaki yang tinggal di Washington, Amerika Syarikat dimana ganja dibenarkan sebagai dadah rekreasi sejak 2012. Sampel-sampel itu kemudian diuji berdasarkan jumlah pengambilan ganja.

Melalui kajian itu mendapati sampel sperma lelaki-lelaki yang telah menggunakan ganja disepanjang hidupnya mempunyai bentuk yang abnormal. Selain itu, sperma lelaki-lelaki pengamal ganja ini juga didapai kurang pekat berbanding mereka yang tidak mengambil ganja rekreasi.

Ketua Penyelidik, Omer Raheem, yang membentangkan hasil kajian tersebut di Konferen American Society for Reproductive Medicine yang berlangsung di Denver. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh pasukannya, Omer menyimpulkan bahawa ahli perubatan perlu mengingatkan golongan lelaki bahawa pengambilan ganja boleh menyebabkan mereka menghadapi masalah kesuburan.

Masalah kesuburan dan kualiti sperma lelaki adalah satu masalah global, sehingga kini saintis masih belum dapat menentukan punca sebenar masalah berkenaan berlaku.

Dengan penggunaan ganja adalah salah satu puncanya, penyelidik ketika ini masih berhempas pulas untuk menentukan secara tempat bagaimana sperma boleh terjejas.

Ganja sendiri selama ini mendapat perhatian dunia terutamanya di Amerika Syarikat dan pada masa yang sama meninggalkan tanda tanya buat para saintis untuk mengenal pasti sama ada manfaat ganja lebih besar berbanding kemudaratan, atau sebaliknya. Ketika ini, lebih separuh daripada negeri-negeri di Amerika Syarikat sudahpun membenarkan penggunaan ganja dalam perubatan, manakala sembilan lagi membenarkan ganja sebagai dadah rekreasi.

Pasukan yang diketuai oleh Omer menjalankan kajian terhadap sampel sperma yang diambil daripada 409 orang lelaki yang berusia di bawah 45 tahun.

Sebelum sampel-sampel sperma tersebut dihantar ke makmal, responden diminta untuk mengisi satu borang bagi membekalkan maklumat mengenai penggunaan ganja dalam aktiviti harian kepada pasukan penyelidik.

Seramai 174 responden (43 peratus) menggunakan ganja dalam seluruh hidup mereka. 103 orang (25 peratus) mengaku sudah berhenti menggunakan ganja manakala bakinya dari kumpulan yang baru mula menggunakan ganja.

Melalui maklumat itu kemudian, pasukan penyelidikan akan membuat perbandingan dengan keputusan ujian ke atas sperma yang diperolehi daripada makmal.

Hasilnya, penyelidik mendapati sperma mereka yang pernah menggunakan ganja mempunyai kualiti yang rendah berbanding mereka yang tidak pernah menggunakannya.

Berdasarkan ujian makmal, sperma lelaki mempunyai benih dengan bentuk abnormal, kualiti dan kuantiti benih berkurang selain benih yang hidup dan dapat ‘bergerak’ juga berkurang. Bentuk sperma yang abnormal boleh mengganggu proses persenyawaan dimana menyukarkan benih untuk masuk ke dalam telur.

Omer bagaimanapun mengakui bahawa kajian lanjut mesti dilakukan bagi memahami kesan-kesan negatif ganja pada kesihatan lelaki.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.