Siakap Keli
Gambar Hiasan

‘Spotcheck’ Telefon Suami Dan Kongsi Maklumat Dengan Saudara Lain, Wanita Dipenjara Selama Tiga Bulan

Seorang wanita di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini dijatuhkan hukuman tiga bulan penjara oleh mahkamah tempatan selepas mengakses telefon bimbitnya suaminya tanpa izin sebelum berkongsi maklumat yang diperolehnya dengan saudara-maranya yang lain.

Menurut kenyataan suami yang tidak didedahkan namanya itu, isterinya dikatakan akan mengakses telefon miliknya ketika dia sedang tidur. Wanita itu dikatakan akan menyalin semua data, termasuk gambar dan mesej perbualan ke telefon pintarnya sendiri supaya dia dapat melihat semua maklumat tersebut di kemudian hari.

Mahkamah di Ras Al Khaimah mendapati isterinya bersalah meskipun wanita itu mempertahankan dirinya dengan memberi kenyataan bahawa suaminya telah memberi kata laluan dan keizinan untuk dia menggunakan telefon bimbitnya ekoran sebelum ini suaminya pernah ‘kantoi’ berbalas mesej dengan wanita lain.

Pihak polis memanggil pasangan ini untuk disoal siasat selepas lelaki itu memfailkan aduan terhadap isterinya.

Satu kes kemudian telah difailkan terhadap wanita itu kerana melanggar undang-undang privasi UAE yang ketat, yang menyatakan bahawa pasangan suami isteri dilarang mengakses telefon peribadi masing-masing tanpa izin, walaupun salah seorang daripadanya mengesyaki pasangannya curang.

Kes ini mula dilaporkan pada 1 Oktober dan sejak itu mencetuskan perdebatan hebat di media sosial dan menerima pelbagai kritikan daripada netizen yang sesetengahnya beranggapan bahawa wanita itu layak mendapat hukuman itu kerana tindakannya manakala ada yang berasa lelaki itu tidak patut membuat isterinya sendiri dipenjara.

Sumber: Emirates Woman

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar