Siakap Keli

Tular Siren Amaran Banjir Berbunyi Semalam, Northport Nafi Khabar Angin

Semalam tular di media sosial apabila gambar banjir di Klang beserta status memaklumkan siren amaran banjir diaktifkan mendapat perhatian orang awam.

Walau bagaimanapun, khabar itu dinafikan pihak Northport Malaysia Bhd yang memberitahu bahawa tiada siren amaran banjir diaktifkan semalam.

Jabatan Komunikasi Korporat Northport dalam satu kenyataan berkata status tular itu bukan daripada pihak mereka.

Tambahnya lagi, pihak jabatan akan sentiasa memantau keadaan semasa di pelabuhan serta memaklumkan jika air laut di Northport berada pada paras yang bahaya.

Nur Farra