Siakap Keli

(Video) Pengguna Lebuhraya Terkejut Mayat Atas Katil Terikat Di Tengah Jalan

Mayat seorang lelaki dipercayai seorang pendatang ditemui terikat di atas sebuah katil yang ditinggalkan di tengah jalan di Arab Saudi.

Mangsa dipercayai ditembak sebelum ditinggalkan di jalan berkenaan.  Menurut polis, dia telah ditembak menggunakan ‘machine gun’ dan dibiar di tengah jalan Wadi Al-Talee di bandar Abha yang terletak dalam wilayah Aseer.

Pihak berkuasa mengesahkan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan identiti mangsa serta suspek.

Dalam satu rakaman video menunjukkan rangka katil tersebut diletakkan di antara kedua-dua lorong jalan serta telah mengejutkan rata-rata pengguna jalan raya berkenaan.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra