Siakap Keli

“Aku Tahu Jadi Macam Ni, Aku Parking Tepi Jalan Je Tadi”

Aku Amir. Aku ada seorang rakan baik bernama Helmi dan kitorang pasti akan sentiasa berdua ke mana sahaja(kecuali ke tandas). Satu hari, kitorang singgah ke satu pusat beli belah di ibu negara untuk membeli video games yang baru je keluar semalam.

Selesai membeli, aku terus ke mesin autopay untuk ke membayar parking sambil Helmi ke tandas. Tiba-tiba aku baru perasan yang aku tertinggalkan tiket parking dalam kereta. Sambil bebelkan diri aku sendiri, aku kembali ke kereta untuk ambil tiket parking. Selepas itu, aku terus ke mesin autopay tadi semula.

Selesai membayar, aku kembali ke kereta. Helmi sudah menunggu. “Mana kau pergi?” tanya dia.

“Aku kena ambil tiket parking tadi, tertinggal dalam kereta. Dah tu orang beratur pula ramai dekat autopay tadi. Tu yang lama tu. Aku tahu jadi macam ni, aku parking tepi jalan je tadi”, luah aku dengan bengang.

“Lah.. kenapa kau tak guna Boost App untuk bayar parking je? Kan senang.”, balas Helmi selepas masuk ke dalam kereta.

Sejak dari pertistiwa itu, baru aku tahu yang ada cara lain yang lebih mudah bayar parking. Malah, dengan Boost App, kita boleh mula bayar parking sebelum kita parking kereta pun. Caranya senang je, mula-mula korang kena download Boost App dekat Google Play Store atau Apple App Store.

Selesai download, lepas dah daftar semua, pergi ke bahagian “Do More”, klik Parking. Daftar kereta korang, lepastu pilih mana korang nak parking area DBKL ni, berapa lama nak parking, bayar, selesai.

Yang lebih bagus, setiap kali bayar parking, kita akan dapat balik sebahagian daripada duit yang kita bayar tu. Korang cuma kena shake phone korang je lepas buat pembayaran, nanti Boost akan bagitahu berapa banyak korang dapat balik.

Dah bayar parking tapi tiba-tiba nak panjangkan tempoh parking? Jangan risau Boost App ni benarkan kita untuk panjangkan tempoh parking bila dah nak expired.

Senang cakap, memang bergunalah Boost App untuk bayar parking ni, terutama sekali untuk korang yang kaki shopping atau suka jalan-jalan dekat area KL tu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Boost App untuk bayar parking ni, korang boleh ke website www.myboost.com.my/park-pay/. Dekat sana, korang boleh belajar macam mana nak guna Boost App ni dari awal sampai habis.

Sejak hari itu, aku tidak lagi pernah terfikir untuk meletakkan kereta di tepi bahu jalan dan apa yang Helmi bagitahu aku, aku kongsikan pula bersama kawan-kawan lain serta ahli keluarga untuk kemudahan bersama.

Bagi korang semua yang belum guna Park & Pay dari Boost ni, cubalah. Pasti takkan menyesal punya. Nak tahu lebih lanjut, pergi je dekat website Boost Park & Pay. Nak download apps pulak, bagi yang guna telefon Android boleh download dekat Google Play Store, yang guna iPhone download dekat App Store.

Jom, lupakan token parking mulai hari ini.



Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think