Siakap Keli

(Gambar) Wanita Kena Cerai Gara-Gara ‘Kantoi’ Gambar Mesra Dalam Imej Google Maps

Seorang suami bertindak menceraikan isterinya selepas menemui foto intim bersama seorang lelaki lain di Google Maps.  Kejadian bermula apabila lelaki ini sedang cuba merancang perjalanan menggunakan aplikasi Google Maps terkejut selepas ‘menyaksikan’ kemesraan isteri bersama lelaki lain di sebuah lorong di Peru.

Imej tersebut jelas memperlihatkan seorang wanita duduk di bangku sebuah lorong sambil seorang lelaki dipercayai kekasihnya baring di atas riba.  Yakin dengan susuk tubuh dan fizikal isterinya, lelaki tersebut membuat keputusan untuk bercerai.

Walaupun gambar itu dipercayai dirakam pada tahun 2013, namun suami kepada wanita tersebut tetap tidak berpuas hati dan rasa tertipu selama perhubungan mereka.

Gambar tersebut tular di laman media sosial sejurus lelaki itu memuat naiknya sekali gus menarik perhatian netizen yang rata-rata terkejut denga ‘penemuan’ tersebut.

“Tak sangka Google Maps boleh jadi punca cerai,” ujar seorang pengguna Facebook  yang mengulas gambar tersebut.

“Kecilnya dunia ni.”

Sumber: Daily Star

Nur Farra