Siakap Keli

Hanya Sebab Bapa Hantar Ke Sekolah Pakai Ferrari, Pelajar Dipulau Dan ‘Diremove’ Dari Kumpulan WeChat

Hanya kerana bapanya menghantarnya ke sekolah menaiki kereta mewah Ferrari, seorang pelajar di Hangzhou diboikot oleh rakan-rakan di sekolahnya.

Selain dituduh sengaja menunjuk-nunjuk kekayaannya, pelajar  yang dikenali sebagai Li itu juga turut dikeluarkan dari kumpulan WeChat kelasnya.

Menurut laporan media tempatan, bapa kepada Li itu bekerja sebagai eksekutif kanan di sebuah syarikat hartanah di daerah Zhejiang dengan pendapatan bernilai 4 juta yuan (US578,000) setahun dan memandu Ferrari 488.

Guru kelasnya turut meminta Li untuk tidak datang ke sekolah dengan menaiki kereta mewah itu berikutan terdapat aduan dari ibu bapa yang menganggap ianya akan mewujudkan jurang perbandingan di dalam kelas.

“Ia tidak betul. Anda tidak patut menunjuk-nunjuk kekayaan.

“Jika ia hanya untuk menghantar ke sekolah, bolehkah anda menggunakan kereta biasa sahaja,” kata salah seorang dari ibu bapa pelajar di sekolah itu.

Sumber: SCMP

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar