Siakap Keli

“Ibu Bapa Dan Abang Saya Sudah Tiada..” Budak Lelaki Ditemui Merayau Sendirian Di Tepi Jalan Selepas Kemalangan

Brassilia: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dijumpai merayau bersendirian di pinggir lebuh raya sibuk selama dua hari tanpa disedari selepas keluarganya maut dalam kemalangan di lebuh raya itu.

Benjamin Monare ditemui duduk ditepi jalan dengan memakai baju sejuk bersaiz besar yang diberikan oleh salah seorang pemandu yang menemuinya.

Ketika ditemukan, kanak-kanak malang ini berada dalam keadaan penyahhidratan teruk selain mengalami trauma berikutan kejadian yang menimpanya sehingga tidak dapat bercakap dan mengingati identitinya sendiri.

Mayat bapanya, Alessandro, 37, ibu, Belkis, 35, serta abangnya Samuel, lapan, ditemui dalam kereta yang terbabas dalam parit di tepi lebuh raya di Minas Gerais.

Mereka sekeluarga dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah daripada  percutian selama empat hari sempena sambutan hari jadi Belkis, pagi Ahad lalu.

Benjamin yang merupakan satu-satunya mangsa terselamat dikatakan berjaya keluar dari kereta lalu memanjat sisi parit untuk naik bahu jalan dan ditemui orang ramai pada Selasa lalu.

Siasatan awal menunjukkan kereta dinaiki keluarga itu dirempuh kenderaan lain pada bahagian sisi menyebabkan ia terbabas. Kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan  itu masih belum dikesan.

 

Kenderaan tersebut tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana terlindung di sebalik belukar walaupun lebuh raya itu agak sibuk.

Sumber: Mirror

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar