Siakap Keli

Kerajaan Selangor Mansuh Caj RM1 Bagi Tambah Nilai

Kerajaan negeri Selangor dengan usahasama Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) mengambil inisiatif mengecualikan caj RM1 yang dikenakan keatas setiap tambah nilai bagi pengguna parking mulai 10 Oktober ini.

Ng Sze Han selaku Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru berkata, ia adalah salah satu cara mengurangkan penggunaan kertas karbon bagi setiap pembayaran parkir di negari tersebut.

Beliau berkata, melalui insisatif tersebut, penggunaan kertas telah berjaya dikurangkan hampir 63,000 kilogram.

Pelaksanaan penggunaan SSP sejak dilancarkan pada 1 Julai lalu adalah salah satu usaha untuk memudahkan pengguna menggunakan aplikasi melalui telefon daripada wang syiling bagi membayar caj tempat parkir kenderaan.

Walau bagaimanapun, menurut beliau penggunaan parkir berkupon masih digunakan seperti biasa untuk mengelakkan kesulitan buat orang awam.

Nur Farra