Siakap Keli

“Nampak Potensi YB,” Yusuf Azmi Ajak YB Norhizam Jadi Aktivis Banteras Ah Long

Kami pasti, ramai daripada netizen masih berterusan bercakap mengenai kekecohan yang berlaku melibatkan YB Norhizam Bin Hassan Baktee, ADUN Pengkalan Batu dan Exco dalam kerajaan negeri Melaka dengan sekumpulan penduduk berhubung penutupan jalan alternatif baru-baru ini.

Melalui rakaman yang tular membabitkan insiden berkenaan, netizen mengkritik cara YB Norhizam dalam menangani masalah rakyat yang diwakilinya yang didakawa tidak sesuai dan kasar.

Antara yang turut meninggalkan komen mengenai insiden ini adalah aktivis pengguna terkenal tanah air, Yusuf Azmi yang turut memuat naik satu video di laman facebook rasminya.

Melalui rakaman siaran langsung yang dibuatnya itu, Yusuf memaklumkan bahawa dia rasa terpanggil untuk menyatakan pendiriannya memandangkan apa yang berlaku turut melibatkan masalah kepenggunaan memandangkan dia turut pernah melihat beberapa rakaman video tular lain membabitkan YB Norhizam sebelum ini.

”Saya minta maaf YB, saya ini tidak tahu berkenaan YB dan sebagainya, tetapi yang saya pasti kita ini dalam kehidupan hari ini tak ada seorang pun yang dilahirkan hari ini mereka berilmu melainkan mereka ini telah terdidik dengan ilmu.

”Tidak ada seorang pun iti dilahirkan Islam melainkan mereka itu diberikan Islam kepadanya. Begitu juga dengan soal adab dan etika kita. Saya yakin, orang yang berilmu mereka telah terdidik dengan adab ketika bercakap dengan orang yang lebih berumur.

”Kalau ikut usia pun, umur YB jauh beza dengan umur pakcik yang YB tengking. YB mungkin mengatakan mereka-mereka ini tidak bersekolah. Katakanlah mereka tidak bersekolah dan katalah YB seorang yang bersekolah, yang berpendidikan tinggi…Adakah kita ini boleh berkata atau memarahi orang lain disebabkan kita ini orang yang berjawatan atau diberi kepercayaan oleh pengguna di Melaka?,” katanya lagi.

Justeru Yusuf Azmi mengingatkan wakil rakyat apabila diberi kepercayaan oleh pengguna dan diberi jawatan, mereka sepatutnya mengingati ikrar dan janji mereka kepada rakyat sebelum ini.

Yusuf Azmi juga secara terbuka meminta YB Norhizam agar memperbaiki diri dan adabnya ketika berhadapan dengan rakyat yang diwakilnya, terutamanya jika pengguna yang hadir untuk membuat aduan adalah mereka yang lebih berumur. Ujarnya, jika beliau merasa tidak mampu untuk memegang jawatan sebagai seorang EXCO, adalah lebih baik beliau meletak jawatan tersebut dan memberikan kepada orang yang lebih layak.

”Saya rasa sudah banyak kali YB Norhizam ini pretend as a ganster la. Dah macam ganster dah macam mafia. Kalau nak jadi mafia saya boleh ajar. Jom kita pergi jumpa dengan taiko-taiko ah long ini. Taiko-taiko yang memang suka kerat kepala orang ini. 

”Boleh. Itu baru betul nak tunjuk samseng dengan orang yang sepatutnya. Dengan gangster ah long ke, dengan perompak ke. Jangan cakap dengan orang yang lebih tua dan lebih berilmu. Takkan tak pandang sebagai seorang ayah?” katanya lagi.

Yusuf Azmi juga beranggapan yang ditujukkan oleh YB Norhizam lebih sesuai dengan kerja-kerja aktivis membanteras kegiatan ah long.

”Kalau macam inilah cara YB, eloklah jom saya ingat YB boleh duduk sebagai aktivis membantu kami membanteras ah long di Malaysia ini. Macam ini punya adab boleh jumpa dengan ah long. Jumpa pakcik-pakcik ini nak tunjuk samseng baik tak payah,” tambahnya.

Secara keseluruhannya, Yusuf Azmi melalui video berkenaan hanyalah mahu menegur supaya individu-individu yang terlibat dalam kekecohan berkenaan supaya mengambil pendekatan yang lebih berhemah di masa hadapan.

Terdahulu YB Norhizam turut memberi amaran kepada orang ramai yang berkongsi klip video viral kekecohan diantaranya dengan penduduk kampung itu bahawa tindakan saman akan diambil sekiranya video berkenaan tidak ditarik balik.

Bagaimanapun, media semalam melaporkan bahawa YB Norhizam melalui satu sidang media sudahpun membuat permohonan maaf kepada penduduk kampung dan berikrar perkara yang sama tidak akan berulang lagi.

Sumber : Yusuf Azmi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Popular

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di