Siakap Keli
Gambar : Bernama

Pastikan Pesta Oktoberfest Tidak Timbul Masalah Kepada Umat Islam – Mujahid

Susulan laporan bahawa Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad yang membenarkan pengajuran Oktoberfest di ibu negara dengan bersyarat, Menteri di Jabtaan Perdana Menteri, Datuk Dr, Mujahid Yusof Rawa telah memberikan pesanan kepada rakannya itu supaya memastikan penganjuran pesta Oktoberfest di ibu negara, tidak menjadi masalah kepada umat Islam.

Namun, beliau dilaporkan enggan memberikan pandangannya secara khusus terhadap penganjuran pesta berasal dari Jerman itu, tetapi sedang berbincang dengan pihak mufti mengenai perkara tersebut dan turut menggesa umat Islam supaya tidak menyertai pesta terbabit.

Gambar Google

Selain daripada itu, katanya Menteri Wilayah yang akan menguruskan daripada segi perundangan. Beliau yang berhubung rapat dengan YB Khalid memberi pesanan kepada rakannya itu supaya isu ini tidak menjadi masalah kepada umat Islam.

Mujahid berkata demikian kepada sumber ketika ditanya berkenaan pendiriannya terhadap penganjuran Oktoberfest selepas Khalid yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH, dilaporkan membenarkan pesta arak itu dianjurkan di ibu negara jika mematuhi syarat ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Antara syarat itu ialah ia tidak dianjurkan di tempat terbuka serta tidak boleh disertai oleh individu beragama Islam.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.