Siakap Keli

”Tak Dapat Tengok Kali Terakhir, Tak Dapat Cium Dan Peluk Jenazah Ayah,” Sebak Baca Luahan Anak Untuk Ayahnya Yang Telah Pergi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jasa dan pengorbanan ibu ayah dalam membesarkan anak-anak tak dapat dibalas walau ditukar dengan harta dan wang ringgit sekalipun. Walaupun sesukar mana hidup, mereka sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak.

Perkongsian oleh Nur Fadilah mengenai pengorbanan arwah ayahnya ini menjetik sebak di hati setiap yang membacanya. Si ayah yang baru sahaja keluar dari hospital sangup menghantar dia menaiki bas dari selatan jauh ke utara untuk menyambung pelajaran.

Hanya berbekalkan puluhan ringgit dalam tangan, terpaksa tidur pula di stesen bas pada malam itu dan berbohong pada anaknya supaya si anak tidak bimbang. Mungkin ini hanya secebis kisah masyarakat, tetapi cukup membuatkan air mata mengalir terkenang pengorbanan ibu ayah di kampung.

Ayah .. Kakcik tak pernah tahu ayah ada post pasal ayah hantar kakcik ke Kedah.

Kakcik memang tak akan pernah lupa every details perjalanan kita ke Kedah naik bus berdua sahaja. Beg sebesar alam sumbat segala baldi harta benda naik bus. Tak silap kakcik ayah baru beberapa hari keluar hospital sebab ayah sakit jantung ke apa ntah.

Ayah yang nak teman kakcik daftar matrik dekat kedah naik bus. Kakcik ingat dalam bus ayah batuk batuk. Dari dalam bus dah rasa serba salah sebab ayah masih tak berapa sihat. Kat rumah, mak kata nanti yuran kat sana mintak ayah duit. Kakcik taktau tapi hari tu kakcik rasa ayah tak cukup duit. Ayah ade berapa puluh je masa nak bayar teksi.

Ayah singgah cucuk duit tapi kakcik tengok muka ayah macam hampa. Bila dah sampai kolej mara, masa tengah beratur nak bayar yuran ayah takda bagi duit. Risau sangat sebab turn dah nak sampai tapi tak berani nak mintak.

Masa ni sedih jugak, kawan-kawan semua mak ayah teman masuk dalam daftar. Tapi ayah tunggu kat luar. Beranikan diri mintak ayah duit yuran. Tapi ayat ayah ‘kakcik hari tu kerja ada kan duit, pakai duit kakcik eaa ayah takda duit’. Masa ni marah ada sikit tapi lebih sedih. Sebab nampak ayah penat je mungkin belum cukup rehat daripada keluar hospital masa tu.

Tau ayah bukan orang senang, then guna je duit yg memang ngam-ngam 300 kat tangan untuk bayar yuran. Then ayah tolong angkat barang semua. Masa ayah nak balik cakap, ‘ayah, duit belanja takde ke’, pastu ayah bukak dompet tunjuk dompet ‘ayah ada rm70 je tinggal kakcik , nah rm20, rm50 ni ayah nak beli tiket balik’ *dalam hati cukup kee rm20 nih* tapi kesian dekat ayah just cakap ‘okay ayah terima kasih, kakcik akan cukup cukupkan’. Then ayah pun pergi bus stand.

That night mak call ‘kakcik, kakcik tau tak ayah takda bus, ayah tidur dekat busstand’. Masa dapat tau ni memang sedih gila-gila sebab rasa bersalah kena hantar jauh-jauh dengan tak cukup duit, dengan ayah yang masih baru keluar hospital, dengan ayah kena tidur bus stand. Of course rasa bersalah sangat sebab ayah macam gelandangan kena tidur bus stand tak tau keselamatan macam mana takut ada pencuri ke ayah dah la tak cukup duit.

Terus tanya kawan-kawan siapa yang ada kat penang nak balik Batu Pahat, boleh tumpangkan ayah. Dah jumpa kawan terus call ayah, nangis-nangis cakap suruh balik tumpang ayah kawan. Tapi ayah dengan gembira cakap ‘eh ayah dah naik bus laaaa mana ada ayah tido bus stand. Haaa ni bus nak gerak ni babaiiii, ayah terus matikan. Tapi tak tau sama ada betul atau ayah tipu sahaja.

Keputusan paling menyesal..

1) tak cas handphone : lambat tau pasal ayah dah meninggal.
2) tak ikut cakap ayah pindah matrik melaka : tak dapat tengok ayah buat kali terakhir, tak dapat cium jenazah ayah, tak dapat peluk jenazah ayah, dan tak dapat jaga ayah.

Perkara di atas adalah asbab saya berhenti unimas dan berada pada kehidupan kini. Masa lalu yg tak boleh diputar. Kakcik takkan pernah lupa jasa ayah kepada kakcik selama ni. Terima kasih ayah. Salam rindu ayah.. Kakcik sayang, love ayah! Alfatihah.

Sumber : Nur Fadilah

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.