Siakap Keli

Esok Saya Minta Pembantu Buat Laporan Polis Terhadap Saya – Najib

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kebelakangan ini dilihat aktif di media sosial, terutamnya Facebook sekali lagi memuat naik satu kemas kini terbaru.

Dalam kemas kini berkenaan, beliau memaklumkan akan meminta pembantunya untuk membuat laporan polis terhadapnya bagi membolehkan beberapa kes yang ditutup sebelum ini dibuka dan disiasat semula.

Katanya lagi, tindakan berkenaan terpaksa dibuatnya selepas mendakwa tokoh politik veteran DAP, Lim Kit Siang cuba berdalih apabila diminta untuk membuat laporan polis di atas beberapa tuduhan yang dilakukannya terhadap Najib termasuklah kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan Timbalan Pendakwa Raya, Kelvin Morais.

”Esok (hari ini), saya akan meminta pembantu saya untuk membuat laporan polis terhadap saya supaya pihak polis di bawah kerajaan PH boleh menyiasat semula jika saya terlibat dalam semua kes-kes pembunuhan ini,” katanya.

Ujarnya lagi, untuk kali kelima beliau meminta agar Kit Siang memenuhi janjinya sebelum ini yang mahukan siasatan khas dibuka untuk menyiasat kesemua kes-kes yang dikaitkan denganya sebelum ini.

Najib juga menyelar kenyataan yang dibuat oleh Kit Siang sebelum ini yang mendakwanya berkata ”Kit Siang sebelum ini pernah berkata tiada keperluan untuk kes-kes ini dibuka semula”. Beliau menyatakan bahawa tidak pernah menyebut kenyataan sedemikian, sebaliknya sudah berulang kali beliau mahukan siasatan kes-kes berkenaan dibuka semula.

Najib ketika ini berhadapan dengan beberapa tuduhan atas pelbagai kesalahan yang dilakukannya ketika menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

Sumber : FB Najib Razak

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.