Siakap Keli
cara membuat takoyaki homemade

Menu Unik Tapi Cukup Sedap, Resepi Takoyaki Homemade Guna Mi Segera

Kebelakangan ini banyak menu masakan dari negara Jepun yang mula popular di Malaysia dan saya sendiri adalah salah satu antara yang menggemari menu ala jepun. bermula dari kedai family mart mula beroperasi di Malaysia masakan jepun menjadi kegemaran rata-rata rakyat malaysia.

Seperti yang kita tahu Jepun memiliki pelbagai masakan yang sedap dan salah satunya iaitu Takoyaki. apabila anda teringin untuk beli harganya RM10 dan mendapat 16 biji takoyaki. dahulu kita mesti bersedia beratur panjang terlebih dahulu untuk mendapatkan menu ini. tetapi, sekarang anda boleh dapati di pasar malam.

takoyaki guna mi segera

resepi yang saya share ini dibuat semasa anak bongsu saya tak nak makan. sebagai Ibonda saya bimbang sebab dia dalam pertumbuhan jadi memerlukan banyak pemakan. kerana beberapa hari lepas saya beli acuan takoyaki ini jadi tak ada salahnya apabila saya berkreativiti.

Selamat Mencuba!

Bahan-Bahan

  • 1 paket mi segera sedap
  • daging cincang secukupnya (untuk isi takoyaki)
  • 2 biji telur – kacau rata
  • 2 batang daun bawang – hiris
  • 2 batang saderi (hiris)
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 biji bawang putih  (hiris)
  • 1 biji bawang merah (hiris)
  • garam secukup rasa
  • sos tomato

Cara Cara

  1. pertama, rebus mi segera kemudian toskan selepas itu campurkan dengan semua bahan kecuali (daging dan sos tomato)
  2. gaul rata semua bahan tadi hingga sebati. apabila sudah sebati masukkan sedikit perencah mi sedap dan gaul rata.
  3. panaskan acuan takoyaki kemudian lengserkan margerin diatasnya supaya nanti tak melekat. selepas itu masukkan adunan kedalam acuan dan letak daging diatasnya kemudian tutup lagi dengan adunan.
  4. tunggu hingga setengah masak kemudian dengan menggunakan sudu terbalikkan supaya nanti menjadi bentuk bulat.
  5. apabila sudah masak. angkat dan sediakan bersama sos tomato.

cara membuat takoyaki homemade

itulah entry yang saya kongsikan saya harap boleh memberikan manfaat dan saya juga punya blog yang berkongsi pelbagai macam resipi iaitu blogopsi.com. sila melawat ke blog saya apabila apabila anda mahu, selamat mencuba.

haniwidianti