Siakap Keli
Gambar : FB Dr Naveenkumar Thanggaya

”Sanggup ‘Ditinggal’ Di Sana Untuk Bantu Mangsa Gempa Dan Tsunami,” Kisah Doktor Di Panggil Dr Upin Ipin Di Palu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tragedi gempa dan tsunami yang melanda Sulawesi 28 September lalu, menyaksikan ribuan nyawa yang terkorban. Ramai yang cedera dan hilang tempat tinggal. Bagi berdepan dengan musibah itu, Malaysia salah satu negara yang tampil membantu dari segi kewangan, bantuan mahupun tenaga. Salah satunya adalah daripada sukarelawan Muslim Care Malaysia.

Natipah Abu yang merupakan salah seorang sukarelawan yang menyertai misi tersebut pada minggu lalu, berkongsi pengalaman menemui seorang doktor muda yang turut bersamanya dalam misi tersebut. Digelar dengan gelaran Doktor Upin Ipin, Dr Naveenkumar Thanggaya tekad berdepan risiko bagi membantu mereka  yang cedera.

Mungkin ini hanya secebis kisah dari kota duka Sulawesi, tetapi hati merasa cukup senang melihat anak muda seperti ini ikhlas menabur bakti dalam tugas yang digalas. Tahniah kami ucapkan bukan sahaja kepada Doktor ‘Upin-Ipin’, tapi semua doktor dan sukarelawan yang turun padang menghulurkan bantuan.

DOKTOR UPIN – IPIN…

Doktor Narveen.. anak muda ini mendapat jolokan nama Doktor Upin – Ipin kerana kepalanya yang “ gondol”. Watak animasi itu amat popular di kalangan bukan saja kanak-kanak bahkan setiap warga Indonesia.

Doktor Naveen dilahirkan di Sungai Petani tetapi dibesarkan di Kulim Kedah. Pendidikan terakhirnya di Kedah ialah SMK Sultan Badlishah Kulim. Sangat fasih berbahasa Melayu.. perawakannya yang ceria, periang , ramah dan sering tersenyum itu menyebab dia menjadi popular di kalangan mangsa yang datang mendapatkan rawatan di Posko dia bertugas. Dia menyantuni mereka dengan penuh kemesraan.

Bangga sungguh dengan semangat serumpun yang ditunjukkannya biarpuan berbeza agama. Dia sudah 5 tahun bertugas di Sabah dan selama tempoh itu dia tidak memohon berpindah ke Semanjung kerana dia cukup sedar masyarakat di sana masih memerlukan dia. Bahkan kini dia kini bertugas di sebuah klinik di Long Pasia … kawasan pedalaman Sabah yang mana peribuminya juga orang kampung yang susah.

Jika doktor-doktor lain sebelum ini kebiasaannya mengadakan lawatan berjadual ke perkampungan tetapi dia sebaliknya memilih menetap bersama masyarakat peribumi itu kerana ingin menerapkan kepada mereka yang masih berpegang kepada amalan dan petua nenek moyang tentang pentingnya perubatan moden.

Justeru itu .. dia tidak kisah melawat ke rumah semua penduduk di sana bila ada yang sakit dalam usaha memancing mereka untuk beralih ke perubatan moden. Jika difikirkan logik akal.. buat apalah dia bersusah payah menyertai misi yang sudah tentu bukan sedikit risikonya kerana masuk ke kawasan bencana. Mangsa pula.. majoriti Islam. 

Gambar : Natipah Abu
Gambar : Natipah Abu
Gambar : FB Dr Naveenkumar Thanggaya
Gambar : FB Dr Naveenkumar Thanggaya
Gambar : FB Dr Naveenkumar Thanggaya
Gambar : FB Dr Naveenkumar Thanggaya
Gambar : FB Dr Naveenkumar Thanggaya

Berbanggalah Malaysia kerana ada insan seperti dia yang ikhlas menabur bakti tanpa meletakkan satu apa pun sebagai syarat..

Sumber : Natipah Abu

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.