Siakap Keli

Suka Meregang Anggota Badan Sehingga Bunyi ‘Krak’, Betul Ke Tak Bahaya Pada Kesihatan?

Sama ada anda melakukannya secara sengaja atau tidak sengaja, kami pasti setiap orang pernah mengilas badan hingga terdengar bunyi ‘krak’ seperti patah. Istilah biasa hingga bunyi meletup. Ya, badan anda berkemampuan untuk melakukannya. Begitupun, bunyi ‘krak’ yang anda dengar itu bukan bermakna ada bahagian badan yang patah, tetapi menurut Chris Vargas, seorang chiropractor, bunyi ‘krak’ tersebut adalah pemecahan buih yang membebaskan gas yang berada diantara penyambung sendi.

Menurutnya, apabila penyambung sendi ini sedikit ‘lari’ daripada kedudukan asalnya, ruang-ruang tersebut akan diisi oleh buih-buih yang mengandungi gas. Apabila anda menggerakkan badan atau organ-organ tertentu, bunyi ‘krak’ akan kedengaran yang menandakan bahawa sendi kembali ke posisi asal.

Bahaya ke tak jika disengajakan?

Buih-buih ini sebenarnya mengandungi nitrogen, oksigen, dan karbon dioksida ini menyerap masuk ke dalam cecair diantara sendi dari semasa ke semasa, dan sebab itulah anda tidak boleh mengilas anggota badan sehingga bunyi ‘krak’ dengan sengaja ataupun di tempat sama berulang kali. Bahagian sendi cenderung untuk mengeluarkan bunyi ‘krak’ disebabkan anda berada pada posisi yang sama untuk jangka masa yang lama.

Sebagai contoh, jika anda bekerja di pejabat, duduk di kerusi mengadap komputer untuk tempoh masa yang lama boleh menyebabkan sendi penyambung mengeluarkan bunyi walaupun anda begerak dalan jumlah yang minima. Walaupun bunyi itu boleh didengari akibat pergerakkan yang tidak sengaja, namun ada juga yang bertindak untuk mengilas badan atau sendiri dengan sengaja, ataupun boleh disebut sebagai tabiat.

Walaupun pengamal chiro mendakwa dengan mengilas badan sehingga keluar bunyi ‘krak’ akan memberikan kelegaan pada badan, seperti tubuh terasa lebih ringan, namun lebih ramai pakar perubatan bersetuju bahawa kelegaan tersebut hanyalah untuk tempoh jangka pendek sahaja.

Sebaliknya kajian yang dilaksanakan mendapati bahawa tabiat sedemikian boleh memberi kesan buruk pada badan untuk jangka masa panjang. Misalnya, anda mungkin berhadapan dengan masalah sendi kronik selain masalah sakit belakang yang sukar dirawat. Selain itu, walaupun ada menyangka mengilas badan memberi kesegaran pada badan, namun disebabkan kurang ilmu mengenai sendi, anda berkemungkinan melakukan kilasan pada arah yang salah, sekaligus memberi tekanan yang lebih pada sendi-sendi anda.

Malah menurut majalah Reader Digest, ramai daripada mereka yang gemar mengilas anggota badan sehingga keluar bunyi ‘krak’ menghadapi masalah sendi subluxation iaitu masalah pada bahagian vetarbrata. Jadi hati-hati ya, jangan kerap sangat buat bunyi ‘krak’, sekali sekala tak apala.

Sumber : Reader Digest

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.