Siakap Keli

Kecoh Di Media Sosial Bila Netizen Kongsi Imej Datuk Seri Najib ‘Cameo’ Drama Popular Korea

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kecoh di media sosial Twitter apabila seorang netizen memuat naik imej bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak muncul dalam sebuah drama popular Korea Selatan, Terius Behind Me.

Walaupun imej beliau hanya muncul pada skrin televisyen yang secara kebetulan terakam semasa penggambaran drama berkenaan, ia sudah cukup untuk mencuit hati netizen Malaysia sehingga tweet asal berkenaan berjaya mendapat lebih 13 ribu retweet.

Drama berkenaan menampilkan dua pelakon popular Korea Selatan, Kwon Young-Shil dan Kim Bon. Imej Datuk Seri Najib hanya muncul untuk tempoh beberapa saat sahaja dalam drama tersebut.

Imej beliau yang terakam di dalam drama berkenaan dipercayai ketika beliau hadir di ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memberi keterangan membabitkan beberapa pertuduhan yang dihadapinya ketika ini.

Sumber : Twitter Eggsoo_

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.