Siakap Keli

Keji, Remaja Rogol Bayi 9 Bulan Sambil Rakan Rakam Perbuatan Terkutuk

Dua lelaki ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat susulan tersebarnya sebuah rakaman video perbuatan keji salah seorang suspek merogol bayi berusia 9 bulan.

Isiah Dequan Hayes, 19, dituduh melakukan perbuatan keji merogol manakala tertuduh kedua, Daireus Jumare Ice, 22, dituduh bersubahat dalam jenayah berkenaan sebagai individu yang bertanggungjawab mengambil rakaman.

Perbiacaraan yang berlangsung di Tennessee Selasa lalu itu susulan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa pada 2016 setelah berjaya menemui rakaman viral perbuatan terkutuk berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku pada Oktober bekenaan, salah satu video yang viral itu menunjukkan suspek melakukan sentuhan terhadap bayi berkenaan dalam keadaan tanpa seurat benang.

Pihak berkuasa yang melakukan siasatan kemudian mendapati Hayes yang ketika itu berusia 17 tahun, adalah lelaki yang berada di dalam rakaman manakala Ice pula adalah individu yang bertanggunjawab membuat rakaman.

Hayes ketika ini berhadapan dengan jenayah rogol kanak-kanak yang serius manakala Ice dituduh bersubahat secara kriminal. Kedua-dua suspek ditahan pihak berkuasa selepas ibu mangsa berjaya mengenal pasti tertuduh melalui media sosial dan memaklumkan kepada polis.

Ketika Hayes ditahan pihak berkuasa, keluarganya turut terkejut dengan tuduhan yang dikenakan kepadanya.

”Ia sangat menakutkan dan mengecewakan kami sekeluarga,” kata salah seorang abangnya yang tidak mahu identiti didedahkan.

Ujarnya lagi, video berkenaan muncul kembali di media sosial susulan perselihan keluarga yang berlaku.

”Kami sebagai keluarga suspek, kami ingin memohon maaf. Saya tahu, kanak-kanak berkenaan mungkin tidak ingat apa yang berlaku, tetapi kejadian itu pasti akan menjadi igauan ngeri buat ibunya sampai bila-bila. 

”Seperti terpaksa hidup dengan hakikat sesuatu telah berlaku pada anak kamu. Kamu percaya orang lain boleh jaga anak kamu, dan akhirnya kamu bersendirian berhadapan dengan keadaan ini,” katanya lagi.

Ice dan Hayes ketika ini ditahan di Penjara Shelby County dengan ikat jamin untuk Hayes ditetapkan dengan nilai USD 10,000 (RM 124,635) dan Ice pula pada USD 1.75 juta (RM 7.27 juta).

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.