Siakap Keli

“Bangun Tidur Tengok Dah Hitam,” Jari Terbelit Benang Sarung Tangan, Bayi 5 Bulan Dibuang Jari

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Beberapa hari lalu tular di laman media sosial melalui perkongsian sebuah Klinik berkongsi pengalaman detik cemas apabila seorang bayi terpaksa membuat pembedahan jari sebaik menyedari ia bertukar hitam.

Melalui perkongsian, bayi dijemput daripada pengasuh lengkap berpakaian baju tidur berserta sarung tangan.  Namun, keesokan pagi semasa ingin dimandikan, pasangan ibu bapa kepada bayi tersebut terkejut melihat jari anak mereka bertukar menjadi hitam pekat.

Susulan daripada kejadian ini, Bel Nawhen, seorang pembantu perubatan melalui laman Facebook miliknya berkongsi langkah-langkah keselamatan yang patut dititikberatkan untuk ibu bapa sebaik mengambil anak daripada pusat penjagaan.

Keadaan ‘jari terbelit’ ini dipanggil sebagai ‘Hair Tourniquet Syndrome’ dimana keadaan rambut atau benang diikat di sekitar kaki.  Bahagian yang terjejas tidak lagi dapat menerima bekalan darah yang mencukupi melalui arteri, dan juga darah tidak boleh disalurkan melalui pembuluh darah . Oleh itu, kaki akan membengkak dan menjadi biru, menandakan iskemia.

Pakai Stoking Sampai Jari Kaki Jadi HITAM!!

Bayi itu dibawa ke hospital kerana jarinya telah bertukar ke warna hitam gara-gara terjerut/terlilit benang stoking.

Bayi itu asalnya dihantar ke rumah pengasuh dan diambil pada sebelah petang. Keadaan anak tidak diperiksa, keesokan harinya masa mahu mandikan anak baru perasaan keadaan jari si anak.

Apa lagi, bawalah ke hospital untuk rawatan.

Sebab tu bila kita cakap tidak ada keperluan nak pakai stocking, ramai yang marah sebab katanya boleh masuk angin, sedangkan angin mana masuk ikut kaki.

Kita pakaikan stocking untuk kekalkan suhu badan bayi ke keadaan suam atau suhu bilik supaya tak berlaku hypothermia seperti negara luar. Negara kita ni suhu dia panas dan lembab sepanjang musim, buat apa nak pakai stocking melainkan tengah musim tengkujuh.

Saya tidak boleh salahkan si pengasuh kerana memakaikan stocking sebab jika tidak dibekalkan, maka tidaklah dipakaikan.

Nak salahkan ibu bapa pun tidak boleh juga, ada masa kita memang tak perasan perkara kecil sebegini.

Sebab itu sebagai ibu bapa, lepas ambil anak:

1. Sesekali periksa keadaan si anak.
2. Periksa kulit persekitaran.
3. Buka buka stocking dan mitten si anak sesekali dan periksa jari-jari kaki dan tangannya.
4. Pilih material sesuai untuk stocking si anak.
5. Jika sudah berbulu atau benang keluar sana sini, buang sahaja.
6. Jika kuku anak panjang, potongkan sebab kuku tu boleh mencarik benang stoking dan boleh sebabkan jadi perkara seperti ini.
7. Rambut yang panjang pun boleh jadi punca terbelit rambut kat jari kaki dan tangan si anak. Ada rambut bersepah tu, buang elok-elok.
8. Pastikan tempat tidur si anak selamat dari benda-benda boleh menjerut jari kaki dan tangannya.

Gambar saya sertakan disini merupakan kejadian ‘hair tourniquet’ bersumber asal google. Jari kaki bayi itu seperti ini, cuma berwarna hitam.

Notakaki:
Orang berpantang nak berstoking, bayi nak berstocking, hari2 biasa berstocking tak?

#BelNawhen

Sumber: Bel Nawhen

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di