Siakap Keli

(Gambar) “Tarik-Tarik Lengan, Ketuk Kepala Dengan Penumbuk,” Wanita Dalam Pantang Dikasari Bakal Suami Tarik Perhatian Netizen

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rakaman video seorang lelaki memukul dan bergaduh di tempat awam tular di media sosial semalam.  Video tersebut menyaksikan perlakuan seorang lelaki yang bertindak agresif dengan memukul seorang wanita dipercayai kekasihnya di khalayak ramai.

Insiden ini dirakam seorang pengguna Twitter, Dr. Lily yang terkejut dengan tindakan lelaki tersebut menyakiti wanita terbabit.  Dia yang sedang membuat kerja di salah sebuah restoran terpanggil untuk merakam kejadian apabila pasangan tersebut mula menarik perhatian pelanggan sekeliling.

“Saya sedang membuat kerja di sebuah restoran semasa pasangan ini mula bergaduh.  Saya mula mencabut fon telinga dan dengar wanita tersebut mula menangis serta menyedari dia memegang seorang bayi yang dibalut dengan selimut.  Kemudian, lelaki berkenaan mula bertindak ganas.”

“Dia merayu/memaksa wanita itu untuk pulang bersamanya.  Tarik-tarik lengan dan rambut, ketuk kepalanya dengan penumbuknya beberapa kali.  Saya pasti wanita ini masih dalam pantang.  Ada satu masa, bayi yang diriba hampir terjatuh.  Semua orang yang melihat mereka berasa hairan.”

“Saya terlalu marah.  Seorang pakcik yang berani menegur pasangan ini dan sebaliknya dia dimarahi balik, ‘apa pandang-pandang bang’.  Pakcik itu berkata, ‘ini tempat awam mestilah orang pandang dik’ . Mereka kemudian keluar daripada restoran tersebut untuk menyelesaikan masalah dan dengan itu kami mempunyai peluang bertanyakan soalan kepada gadis itu.”

“Rupanya wanita itu baru berumur 22 tahun dan lelaki tersebut merupakan ‘BAKAL SUAMI’.  Kami memberitahunya untuk membuat laporan polis.  Kemudian, lelaki dayus itu datang masuk kedalam kembali dan memaksa wanita itu mengikutnya pulang.  Beberapa saat seleaps itu, beberapa polis awam datang dan memberitahu lelaki berkenaan untuk meninggalkan restoran tersebut.”

“Wanita tersebut taknak bergerak.  Terang-terang dia taknak ikut lelaki itu balik rumah! Dia mungkin akan dipukul dan mati dirumah?? Mereka keluar dan saya sangka semuanya sudah selesai.  Tidak.  Lelaki itu melakukan perkara yang sama.  Kali ini, dihadapan semua orang.”

Sumber: Dr. Lily Amirah

Nur Farra