Siakap Keli

“Kalau Negara Nak Bankrap Dulu, Macam Mana Boleh Terfikir Nak Hapus Tol?” Najib Lucu Kenyataan Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman sebelum ini mengeluarkan satu kenyataan mengajak rakyat untuk melupakah kisah lalu dan maju ke depan.  Kenyataan ini adalah susulan daripada salah satu manifesto PH iaitu menghapuskan tol.

Kata beliau, perbincangan penghapusan tol itu dibincangkan sebelum menang pilihanraya dan Tun M tidak pernah sekalipun menyentuh isu hapus tol.

Beliau turut menambah, keputusan dibuat oleh pemimpin PH sendiri yang sebelum itu tidak pernah mengetahui keadaan kewangan sebenar negara.

Berikutan kenyataan tersebut, Najib Razak melalui catatan Facebook miliknya menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang lucu.

Lucu.

Yang jelajah seluruh Malaysia dulu kata negara nak bankrap dan keadaan tenat, mereka.

Yang kata kerajaan mampu hapus tol, turun harga minyak dan macam-macam lagi, mereka.

Sekarang ni keluar pula kenyataan kata bahawa masa PH buat manifesto, mereka ingat kewangan negara cukup untuk hapus tol.

Setiap tahun bajet dan kewangan negara dipapar kepada tatapan umum dan ahli Parlimen sudah tentu akan ada salinan dokumen. Ataupun boleh buka browser dan Google cari maklumat tersebut di laman rasmi kerajaan.

Mereka tahu. Malah ramai pemimpin mereka bekas pemimpin kerajaan BN.

Jadi mana satu penipuan yang mereka nak terus tegakkan sekarang? Kalau negara nak bankrap dulu, macam mana mereka boleh terfikir nak hapuskan tol?

Amat menyedihkan apabila mereka kini minta rakyat berkorban dan lupakanlah manifesto mereka.

Demi siapa?

Selepas menang kuasa di tangan dengan penipuan, mereka kini selesa.

Apakah kita terima begitu sahaja?

Nur Farra