Siakap Keli

3 Trik Mudah Untuk Anda Jadi Master Of Selfie Yang Sebenar Dan Dapatkan Gambar Yang Sempurna Dengan Vivo V11 Dan Vivo V11i

Korang mesti ada dalam kalangan rakan korang yang kaki selfi, tak kira tempat asalkan view nampak cantik. Mesti kalut nak keluarkan phone dan berselfie. Tu belum lagi kalau singgah dekat timeline Facebook ataupun Instagram, penuh dengan selfie. Tak perlu tengok orang lain, kami rasa anda pun suka berselfie, macam penulis.

Selfie ini satu fenomena, mungkin sudah jadi budaya. Setiap telefon pintar yang dijual mesti dilengkapi dengan kamera yang berkualiti. Tak salah nak cakap bahawa memang ada dalam kalangan kita yang betul-betul serius dengan budaya berselfie ini. Mereka sanggup melabur wang yang mahal untuk mendapatkan gajet terbaik yang boleh membantu hobi mereka.

Tapi tahukah korang, ada caranya untuk korang bawa trend selfie naik satu level sehingga anda layak untuk dipanggil sebagai Master dalam trend selfie ini. Macam mana? Jawapannya mudah sahaja, anda tidak perlu keluarkan duit mahal-mahal untuk membeli alat solek untuk mendapatkan wajah yang cantik atau melancong ke luar negara untuk mendapatkan latar selfie yang indah.

Apa yang anda kena buat adalah sedikit trik yang kreatif, dan oh ya, yang paling penting adalah sebuah telefon pintar Vivo V11 atau V11i. Dan Vivo berbesar hati untuk berkongsi beberapa trik selfie penuh dengan magik yang pasti bikin gambar anda lepas ini ‘wow’ dan dicemburui oleh rakan-rakan.

Dah sedia? Ini trik pertama untuk anda.

Trik 1

Korang tentu pernah melihat gambar seperti ini dimuat naik di media sosial. Tanggapan pertama, mesti korang ingat susah nak ambil gambar macam ni. Satu lagi, korang mesti fikir kena ada skill edit gambar yang padu untuk mendapatkan kesan khas seperti di atas kan?

Jangan terkejut sebenarnya trik di atas sangat senang dan tools yang korang kena sediakan pun boleh didapatkan dengan mudah. Apa yang korang kena ada hanyalah Kaca Penutup Bingkai Gambar, Tangkai Daun dan Ais. Sudah tentu, Vivo V11 atau V11i pun kena ada juga.

Kalau korang tak percaya dengan tiga benda dia atas korang boleh dapat gambar yang cantic, cuba tengok gambar Baby Shima ini. Memang mengagumkan betul. Apa yang korang kena buat mula-mula adalah dapatkan sebuah ruang yang sempurna yang membolehkan anda mengambil gambar dengan cantik.

Langkah pertama, set up Kaca Penutup Bingkai Gambar. Pastikan masa koran set up tu, korang sediakan sedikit ruang pada bahagian bawah sebab nanti korang nak kena baring di bawah Kaca Penutup Bingkai Gambar tu.

Seterusnya, dapatkan AIS dan letakkan di atas Kaca Penutup Bingkai Gambar. Korang boleh susun untuk dapatkan corak yang macam mana. Biar je ais tu cair sedikit, tak perlu ganti sebab nanti korang akan dapat kesan yang cantik pada gambar. Pastikan ada ruang kosong sedikit ditengah-tengah kaca penutup tu.

Next, dengan menggunakan Vivo V11 atau V11i, pastikan anda membuka lampu LED atau lampu flash pada kamera belakang. Gelapkan ruang bilik tadi dan anda silalah berbaring di bawah Kaca Penutup Bingkai Gambar. Kalau korang nak gambar yang lebih menarik, korang boleh tambah tangkai daun bersama-sama ais tadi dan hasilnya memang sangat-sangat menawan. Macam gambar di bawah.

Korang boleh tonton video di bawah ni untuk korang faham dengan lebih lanjut.

Trik 2

Nak hasilkan gambar dengan kesan pelangi pada gambar tetapi korang tak tahu nak buat macam mana? Jangan risau, ViVo ada caranya untuk anda. Satu cuba korang tengok gambar kat bawah ni, memang cantikkan tona radiant dalam gambar, siap boleh dapat 2 warna lagi dekat sisi model tu.

Apa yang korang perlu pun sama je dengan trik pertama tadi, mula-mula kena dapatkan ruang bergambar iaitu dinding yang sesuai. Lepas tu, tool yang korang kena ada cuma Laser Beam je, lagi pelbagai warna cahaya laser yang korang boleh dapatkan, lagi bagus kerana korang boleh bereksperimen semasa ambil gambar nanti.

Trik berbeza sedikit tapi masih menggunakan tool yang sama adalah untuk mendapatkan gambar dengan kesan pelangi. Apa yang korang kena buat adalah dapatkan sekeping cermin yang transparent untuk disuluh menggunakan Laser Beam.

Dengan bantuan rakan-rakan, korang cuma perlu bersandar pada dinding bilik sahaja, kemudian korang cuma kena bereksperimen sedikit untuk mendapatkan kesan pelangi ini. Pusing ke kiri atau ke kanan cermin tadi, dengan menggunakan Vivo V11 atau V11i, korang pasti akan rasa kagum dengan hasil gambar yang korang dapat. Kalau upload di IG pun mesti berlambak-lambak pujian yang korang dapat.

Korang boleh rujuk dekat video bawah ini untuk lebih faham mengenai langkah-langkah yang perlu korang ikut.

Trik 3

Okay, korang tinggal cuma satu lagi trik untuk bergelar Master Of Selfie. So, kekal fokus ok untuk trik terakhir ini tau. Trik ketiga yang mahu dikongsi oleh Vivo adalah cara untuk mengambil gambar dengan kesan water spray pada gambar. Macam gambar model kat bawah ni.

Nampak menawan sangat kan. Korang pun boleh buat sebenarnya dan kami rasa ni trik paling simple untuk korang mastered dalam masa yang singkat. Tool yang korang kena guna pun biasa-biasa sahaja. Apa yang korang kena ada adalah Water Squitter dan Pembalut Makanan Lut Sinar.

Kemudian, cuba dapatkan sudut yang menarik dan dengan bantuan rakan-rakan anda cuma rentangkan Pembalut Lut Sinar di depan wajah korang, pastikan jarak sekurang-kurangnya 12 inci daripada wajah. Dengan menggunakan Water Squitter, spray pada permukaan Pembalut Makanan Lut Sinar sehingga terhasil kesan water spray. Korang boleh rujuk trik ini dekat video bawah ini.

Nah, apa yang tinggal adalah untuk korang gayakan pelbagai pose menarik dan ambilah gambar dengan Vivo V11 atau V11i dengan penuh yakin. Usah bimbang, mesti gempak punyalah.

Ok, korang mesti tertanya-tanyakan kenapa kena guna Vivo V11 atau V11i untuk dapatkan gambar memukau seperti di atas. Sebenarnya Vivo V11 dan V11i ini merupakan dua model telefon pintar terbaru yang dibawakan khas ke Malaysia untuk anda penggemar selfi dan fotografi yang berupaya menghasilkan imej-imej menarik seperti di atas.

Macam jurugambar pro boleh kami katakan, semuanya terima kasih kepada keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) yang terbina di dalamnya. Hadir dengan teknologi pengimbas cap jari binaan dalam skrin membolehkan korang untuk menyah kunci telefon dengan hanya meletakkan jari pada permukaan skrin.

Buat korang yang mementingkan penampilan luaran telefon, usah risau salah satu daripada dua warna, Starry Night dan Nebula ini pasti kena dengan citarasa korang.

V11 dibina dengan paparan Skrin Super AMOLED dan kedua-dua model Vivo V11 dan Vivo V11i dilengkapi dengan Halo FullView Display. Satu paparan yang membuatkan skrin telefon anda kelihatan lebih cerah dan mudah digunakan dalam semua keadaan cuaca.

Untuk pemprosesannya pula, Vivo V11 hadir dengan Snapdragon 660 AIE 6GB RAM yang memberikan kelancaran untuk tugas-tugas seharian anda manakala Vivo V11i 4GB RAM pula datang dengan pemprosesan MediaTek P60 yang menjanjikan penggunaan harian yang sangat memuaskan.

Tak perlu risau, berita baik untuk Master Selfie sekalian, korang boleh snap seberapa banyak gambar yang korang mahu kerana kedua-dua model ini mempunyai kapasiti storan sebesar 128 GB.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh lawat laman web rasmi Vivo Malaysia atau Vivo Store.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.