Siakap Keli

Peniaga Laksa ‘Beracun’ Bakal Berdepan Hukuman

Kes laksa yang membabitkan 83 kes termasuk 2 kematian terus mendapat perhatian pelbagai pihak.

Terbaru, Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan terhadap peniaga berkenaan jika puncanya adalah daripada laksa yang dijual.

Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan memberitahu bahawa tindakan akan dilakukan mengikut Akta Makanan 1983 selepas ujian sampel diperoleh Selasa ini.

Menurut beliau, sampel-sampel telah diambil dan kuman telah dikenal pasti. Kelmarin, 3 lagi kes baru dilaporkan di Perak dipercayai daripada laksa yang sama di beli di Kedah.

Beliau dalam pada ini meminta agar peniaga memberi tumpuan lebih kepada aspek penyediaan supaya lebih mementingkan soal kebersihan.

Nur Farra