Siakap Keli
Kredit: Beautifulnara

Saleem Menghembuskan Nafas Terakhir Awal Pagi Tadi

Penyanyi veteran dan vokalis kumpulan Iklim, Saleem dilaporkan baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi. Berita ini disahkan sendiri oleh anaknya yang juga seorang penyanyi Syafiq Farhain menerusi laman Instagram beliau.

Saleem atau nama sebenarnya A.M Saleem Abd Majeed, 56, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital itu selepas kemalangan motosikal pada 20 September lalu.

Dalam kejadian di Kilometer (km) 16, Lebuhraya Grand Saga itu, 12 tulang rusuk Saleem patah termasuk satu daripadanya tertusuk paru-paru.

Kemalangan berlaku pada 3.20 petang apabila Saleem yang menunggang motosikal dari arah Kajang menghala ke Cheras dilaporkan terbabit kemalangan dengan kereta dari arah laluan yang sama berhampiran Plaza Tol Batu 11, Kajang.

Ketika kejadian, pemandu kereta dilaporkan cuba membelok ke kiri untuk masuk ke susur pejabat Grand Saga di Plaza Tol Batu 11, sebelum sisi kiri bahagian hadapan keretanya dirempuh oleh motosikal Saleem.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)