Siakap Keli

Terkini: Sabah Dalam Pemerhatian Gerakan Tsunami

Jabatan Meteorologi hari ini meletakkan Sabah sebagai pemerhatian tsunami susulan gempa bumi serta puluhan gegaran susulan di selatan Filipinan dan kepulauan Indonesia sejak 2 minggu lalu.  Pihak jabatan kini dalam usaha berjaga-jaga dengan memfokuskan aktiviti gempa bumi di Mindanao dan Sulawesi.

Tambahan pula, keadaan di Laut Celebes dan Sulu dikatakan akan memberi kemungkinan tsunami yang boleh menyerang Sabah dengan sedikit atau tiada amaran.  Salah seorang pegawai memberitahu media bahawa gempa bumi yang berada di tengah laut akan mengakibatkan tsunami sehingga mampu menembusi bandar-bandar pantai utara dan timur Sabah.

Khamis lalu, gempa bumi 1.2 magnitud telah menggegarkan Sabah pada pukul 1.30 pagi.  Rentetan kejadian ini pihak MetMalaysia berharap agensi rapat Filipina dan Indonesia dapat memantau pergerakan seismik rantau sepanjang masa supaya amaran awal dapat diberikan segera kepada penduduk tempatan serta protokol-protokol kecemasan.

Nur Farra